Meskipun sentiasa sibuk dengan penggambaran filem dan drama, namun Nabila Huda tidak terlepas membahagikan masa dengan seimbang antara keluarga dan kerjaya. Melalui Instagramnya, dia sering meluangkan masa bercuti bersama keluarga, tak kiralah di dalam atau luar negara. Seperti baru-baru ini, dia sekeluarga sedang bercuti di Bali, Indonesia sejak lima hari lalu.
BACA: “Customer Salah, Staf Malaikat..” – Idris Khan Kesal Duit Dicuri Ketika Melancong
Melalui IG, Nabila Huda (Abil) kerap berkongsi gambar dan video sepanjang percutian mereka.
Ni 1st time Keisha pergi Bali, nak kena bawak dia jalan
Namun, apa yang jadi perhatian netizen adalah sikapnya yang lebih memilih untuk masak di villa yang dihuni mereka berbanding makan di luar sepanjang masa setiap kali lapar.
Ini adalah benda wajib tak kira travel berapa jauh. MASAK!
Pada Abil apa yang penting bila bercuti dengan keluarga adalah elakkan untuk tinggal di hotel, sebaliknya menyewalah di villa atau rumah yang mampu milik supaya kita boleh memasak. Sama seperti orang lain, Abil menyatakan dengan masak sendiri ia adalah jauh lebih jimat dan tidak membazir berbanding hanya makan di luar setiap masa.
Bagi Abil tiada guna jika pergi melancong tetapi terpaksa menahan lapar kerana perkara itu tidak disukainya. Tiada guna jika pergi bercuti hanya untuk menayang gambar cantik di Instagram tetapi perlu berlapar sepanjang masa. Oleh itu, Abil menyatakan perlunya untuk masak sekali-sekali ketika melancong.
Tangkap gambar cantik, post kat Instagram… such a loser – Abil
Ekoran itu, entri di IGnya juga banyak memaparkan video aktivitinya di dapur untuk menyediakan makanan buat keluarganya sepanjang percutian mereka.
Breakfast ready!
Sumber: IG kupu_kupu
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura