Pergi Dalam Keadaan Husnul Khatimah, Jemaah Surau Rebah Selepas Solat Subuh

Sejak kebelakangan ini, kita sering dimaklumkan dengan berita pemergian orang yang baik-baik. Dalam agama Islam, apabila seseorang itu pergi menghadap Ilahi dengan kesudahan yang terbaik dalam hidupnya ia dirujuk sebagai husnul khatimah. Pemergian seperti ini adalah yang paling diidamkan semua orang dan dicemburui ramai. Sama seperti kisah di mana seorang lelaki telah menemui ajal setelah beribadat kepada Allah.

BACA: Trending Namanya Di Twitter, Pemergian Pemuda Ditangisi Rakan Cetus Rasa Hiba

Rebah selepas menunaikan solat subuh

Muhd Abd Rahman memberitahu di posting miliknya bahawa dia telah menyaksikan salah seorang jemaah surau pergi menghadap Ilahi setelah mereka selesai menunaikan solat subuh. Menurutnya, dia bersama-sama dengan Allahyarham dari pagi dan sempat juga berbual dengannya. 

Advertisement

 

Sempat menyebut Allah

Pemilik akaun ini turut memberitahu lelaki itu rebah setelah bangun dari sujud dan dia sempat mengucapkan dua kalimah syahadah di telinga Allahyarham. Tambahnya lagi, Allahyarham juga ada menyebut Allah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir di surau itu.

Advertisement

Salam takziah.. Teringin pergi dalam husnul khatimah

Posting ini telah meraih sebanyak 263 perkongsian setakat ini. Rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Malahan, mereka turut mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dalam pada itu, ada yang meluahkan hasrat bahawa mereka juga ingin menghadap Ilahi dalam keadaan husnul khatimah.

Sumber: Facebook Muhd Abd Rahman

Advertisement

Apa Komen Anda?