“Perginya Sahabat..”- Genap Setahun, Kehilangan Wira Negara Masih Terasa

Tidak siapa menyangka, 3 Oktober 2018 ternyata bertukar menjadi tarikh keramat apabila 6 orang anggota keselamatan kehilangan nyawa dalam operasi menyelamat seorang remaja di Puchong, Selangor. Sedar tak sedar, sudah genap setahun sejak kejadian meruntun jiwa ini berlaku. Antara wira hebat yang terlibat ialah Mohd Fatah Hashim, Izatul Akma Wan Ibrahim, Mazlan Omarbaki dan Yahya Ali dari BPP Pelabuhan Klang serta Adnan Othman dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari dari BBP Shah Alam.

BACA: Kami Jerit Ketakutan Lif Terhempas, Bukan Kejadian Pertama Di PPR Kerinchi!

Perginya hanya untuk berkhidmat

Pada hari kejadian, anggota-anggota ini ditugaskan ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan seorang remaja yang dipercayai tenggelam dalam sebuah lombong. Namun sewaktu operasi menyelamat sedang giat dijalankan, seorang demi seorang telah ditarik oleh arus air yang kuat. Walaupun sudah dibawa keluar dan diberikan bantuan pernafasan, mereka semua tidak dapat diselamatkan sekali gus kehilangan nyawa.

“Ku tahu kau telah lakukan yang termampu” (Minit 0:25)

Sudah pasti, kehilangan mereka memberi kesan yang sangat mendalam bukan sahaja kepada keluarga, malahan rakan-rakan serta seluruh anggota unit keselamatan tersebut. Bahkan, kisah mereka ini pasti meruntun jiwa kita tatkala mengimbau semula detik hitam berkenaan. Dalam pada itu, seorang anggota keselamatan bernama Erwan Brootwinz juga sempat menyanyikan sebuah lagu yang didendangkan khas bagi mengenang pemergian wira-wira hebat ini. 

Sumber: Harian Metro & Facebook Erwan Brootwinz

 

Apa Komen Anda?