Family Tips

Ibu Bapa, Sudah-Sudahlah Bandingkan Result Exam Anak Sendiri Dengan Orang Lain

Ibu Bapa, Sudah-Sudahlah Bandingkan Result Exam Anak Sendiri Dengan Orang Lain

Sharing is caring!

Para ibu bapa pasti mahukan anak-anak melakukan yang terbaik dalam apa sahaja dilakukan. Namun, setiap individu mempunyai tahap keupayaannya yang tersendiri. Justeru itu, ia bukan tiket untuk ibu bapa ini menggunakan modal berkenaan untuk mengamalkan budaya yang semakin membimbangkan iaitu dengan membandingkan anak-anak sendiri. Perbuatan ini tidak seharusnya dilakukan kepada mereka. 


BACA: Tengah Jawab Soalan Peminat, Netizen Terhibur Gelagat Aafiyah Mintak Nenen

Tak elok bandingkan anak-anak macam tu

Sikap membandingkan anak-anak ini sudah wujud sejak dulu lagi.  Bukan sahaja di antara adik beradik, malah ada ibu bapa yang bertindak membandingkan result anak sendiri dengan saudara atau rakan mereka. Setiap anak merupakan anugerah Allah mempunyai kelebihan atau kelemahan mereka yang berbeza-beza. Perbuatan ibu bapa seperti ini dibimbangi memberi kesan negatif serta memudaratkan proses tumbesaran kanak-kanak itu. 


 

Ibu Bapa, Sudah-Sudahlah Bandingkan Result Exam Anak Sendiri Dengan Orang Lain
Gambar Sekadar Hiasan

Boleh beri impak yang besar kepada kanak-kanak

Sama ada sedar ataupun tidak, ada beberapa kesan yang boleh terjadi antaranya seperti boleh menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan diri mereka serta cepat rendah diri. Seterusnya, mungkin tidak wujud lagi keinginan untuk bersaing secara sihat dek kerana merasa rendah diri apabila melihat orang lain. Menerusi artikel Hello Doktor, jangan diingat perkara ini cuma sesuatu yang remeh kerana mereka juga cenderung untuk berkecil hati serta menyimpan rasa jika sering dibanding-bandingkan.


Ibu Bapa, Sudah-Sudahlah Bandingkan Result Exam Anak Sendiri Dengan Orang Lain

Ibu Bapa, Sudah-Sudahlah Bandingkan Result Exam Anak Sendiri Dengan Orang Lain
Gambar Sekadar Hiasan
Ibu Bapa, Sudah-Sudahlah Bandingkan Result Exam Anak Sendiri Dengan Orang Lain
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber; Hello Doktor 

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ibu Bapa, Sudah-Sudahlah Bandingkan Result Exam Anak Sendiri Dengan Orang Lain

Sharing is caring!