Viral Isu Semasa

Perit Berniaga Guna Baki RM20, Kak KM Dedah Realiti Bank Utamakan ‘Loan Kroni’

Perit Berniaga Guna Baki RM20, Kak KM Dedah Realiti Bank Utamakan ‘Loan Kroni’

Sebelum bergelar seorang usahawan ternama, Kak KM juga mengharungi liku perjalanan yang sama seperti orang lain. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Baru-baru ini dia mengimbau semula mengenai sebuah isu realiti dunia perniagaan iaitu berkaitan pinjaman bank.

BACA : Sebalik Rezeki Beli Banglo RM5J, Kak KM Pesan Jaga Berkat Hubungan Dengan Ibu

Kalau aku cerita ni sedih…Kak KM ada RM70, nak buka SSM RM50…Baki tinggal RM20

Dahulunya, dia juga memulakan bisnes dengan bermodalkan wang sekecil RM70 sahaja. Perlahan-lahan ‘mengayuh’ dengan baki RM20, dia beralih kepada proses pinjaman wang dengan angka yang dirasakan mampu dibayar semula nanti. Namun siapa sangka, pihak bank tidak meluluskan loan yang dipohon olehnya padahal nilainya tidaklah terlalu besar.

Perit Berniaga Guna Baki RM20, Kak KM Dedah Realiti Bank Utamakan ‘Loan Kroni’

Dia bagi kroni & orang yang dah sedia kaya…Orang yang bawah-bawah & mula niaga dari bawah memang kasihan

Jelas wanita berusia 41 tahun ini lagi, demikianlah ‘adat’ biasa dalam proses pinjaman wang di mana terkadang pihak bank tidak mengutamakan pemohon yang benar-benar perlu modal. Sebaliknya, mereka begitu mudah meluluskan loan ‘kroni terdekat’ ataupun pihak yang sememangnya sudah kaya. Walhal, tujuan golongan tersebut meminjam wang tidaklah sepenting orang lain yang mahu memulakan perniagaan.

@sweedara.puchong.nafie

dulu nak buat pinjaman memang susah,tapi sekarang bank yang call kita sendiri.

♬ original sound – sweetdarakm.puchong.nafie – sweetdarakm.puchong.nafie

Buat pertama kali aku setuju dengan Kak KM…Nak pinjam modal RM1K pun tak lepas, pilih kroni dulu

Melalui ruangan komen, ramai netizen akui bersetuju dengan realiti dunia perniagaan yang didedahkan oleh usahawan ini. Bagi mereka sendiri yang mengalami pengalaman sama, pihak bank sukar meluluskan pinjaman apalagi jika berstatus peniaga kecil.

Perit Berniaga Guna Baki RM20, Kak KM Dedah Realiti Bank Utamakan ‘Loan Kroni’ Perit Berniaga Guna Baki RM20, Kak KM Dedah Realiti Bank Utamakan ‘Loan Kroni’

Perit Berniaga Guna Baki RM20, Kak KM Dedah Realiti Bank Utamakan ‘Loan Kroni’

Perit Berniaga Guna Baki RM20, Kak KM Dedah Realiti Bank Utamakan ‘Loan Kroni’

Kredit : TikTok Sweetdara Puchong

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Perit Berniaga Guna Baki RM20, Kak KM Dedah Realiti Bank Utamakan ‘Loan Kroni’

Facebook

Telegram