Viral

Perjelas Isu Tak Ikut SOP, Peguam Pula Tak Sengaja ‘Sahkan’ Kehamilan Neelofa

Perjelas Isu Tak Ikut SOP, Peguam Pula Tak Sengaja ‘Sahkan’ Kehamilan Neelofa

Dakwaan pasangan selebriti Neelofa dan PU Haris tidak mematuhi SOP ketika berbelanja karpat di Nilai 3 beberapa bulan lepas ternyata masih belum selesai. Walau bagaimanapun, satu perbicaraan mengenai isu berkenaan telah berlangsung hari ini di Mahkamah Majistret Seremban.


BACA: Tetiba Nak Kahwin Buat Video Bersama, Lelaki Dedah Hubungan Dengan Neelofa

Mahkamah tetapkan perintah ‘melepaskan tanpa membebaskan’

Memetik laporan daripada Astro Awani, Majistret Mohd Firdaus Saleh telah membuat keputusan ‘melepaskan tanpa membebaskan’ pasangan berkenaan terhadap dakwaan tidak mematuhi SOP ketika PKP dibuat. Beliau juga menyatakan bahawa mahkamah akan menetapkan perintah pelepasan dan pembebasan pada 21 Disember nanti.


Perjelas Isu Tak Ikut SOP, Peguam Pula Tak Sengaja ‘Sahkan’ Kehamilan Neelofa

Perjelas Isu Tak Ikut SOP, Peguam Pula Tak Sengaja ‘Sahkan’ Kehamilan Neelofa

Keputusan dibuat dengan ambil kira keadaan Neelofa…Ini bukan masa sesuai untuk isu diperbesarkan

Keputusan itu rupa-rupanya ditetapkan selepas mengambil kira hujah-hujah daripada pihak pendakwa dan pembela. Peguam bela pasangan tersebut menyifatkan dalam keadaan Neelofa berbadan dua, ini bukanlah masa yang sesuai untuk isu berkenaan diperbesarkan serta dipanjangkan. Namun disebabkan kenyataan beliau yang dipercayai tidak sengaja diperkatakan, Astro Awani juga melaporkan bahawa status kehamilan selebriti itu ibarat disahkan hari ini.


Perjelas Isu Tak Ikut SOP, Peguam Pula Tak Sengaja ‘Sahkan’ Kehamilan Neelofa

Perjelas Isu Tak Ikut SOP, Peguam Pula Tak Sengaja ‘Sahkan’ Kehamilan Neelofa

Neelofa & PU Haris hanya mendiamkan diri…Mereka mengaku tidak bersalah

Pada ketika pihak media ingin mendapatkan respon daripada tuan badan mengenai keputusan mahkamah, Neelofa dan PU Haris bagaimanapun hanya mendiamkan diri. Untuk pengetahuan semua, pasangan selebriti tersebut telah pun mengaku tidak bersalah atas dakwaan yang dikenakan ke atas mereka pada 20 Mei lalu.

Kredit: Portal Sinar Harian,  Portal Astro Awani & YouTube Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Perjelas Isu Tak Ikut SOP, Peguam Pula Tak Sengaja ‘Sahkan’ Kehamilan Neelofa

Facebook

Telegram