Isu Semasa

Perlu Saring Ratusan Kontak Rapat, Petugas Akui Takut Risiko Jangkitan COVID-19

Perlu Saring Ratusan Kontak Rapat, Petugas Akui Takut Risiko Jangkitan COVID-19

Sharing is caring!

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan seramai 47 petugas kesihatan disahkan positif COVID-19 selepas menghadiri majlis perkahwinan yang turut dihadiri oleh jemaah tabligh daripada perhimpunan Sri Petaling. Oleh itu, ini menjadikan keseluruhan petugas KKM yang dijangkiti wabak tersebut meningkat kepada 73 orang.

BACA: Keluarga Nekad Koyak Pembalut Jasad COVID-19, Satu Kampung Berisiko Dijangkiti

Beratus kontak sudah disaring

Menurut Sinar Harian, rata-rata petugas kesihatan takut kepada risiko untuk dijangkiti wabak COVID-19 kerana bukan hanya puluhan, malah terdapat ratusan kontak rapat yang perlu disaring sehingga kini. Walaupun takut memikirkan risikonya, namun proses saringan masih perlu dijalankan sepenuhnya demi tugas dan amanah.


Perlu Saring Ratusan Kontak Rapat, Petugas Akui Takut Risiko Jangkitan COVID-19
Gambar sekadar hiasan

 

10 minit sudah panas

Bagi melindungi diri daripada jangkitan, mereka perlu memakai sebanyak tiga lapisan peralatan perlindungan diri yang terdiri daripada baju plastik, gaun, sarung tangan dan alas kasut. Dalam masa 10 minit saja, mereka mula merasa panas namun terpaksa bertahan agar ujian saringan yang berlangsung di bawah khemah itu dapat dilaksanakan dengan baik.

Perlu Saring Ratusan Kontak Rapat, Petugas Akui Takut Risiko Jangkitan COVID-19
Gambar sekadar hiasan

 

Kawal hampir 1,000 orang sehari

Petugas kesihatan menceritakan sepanjang tempoh 20 tahun berkhidmat di bawah KKM, tidak pernah lagi berdepan dengan keadaan seteruk ini sehingga terpaksa mengawal hampir 1,000 orang dalam sehari. Namun begitu, dia berasa terkilan memandangkan ramai antara mereka tidak bersikap jujur mengenai simptom-simptom yang dialami misalnya seperti demam ketika disaring.


Perlu Saring Ratusan Kontak Rapat, Petugas Akui Takut Risiko Jangkitan COVID-19
Gambar sekadar hiasan
Perlu Saring Ratusan Kontak Rapat, Petugas Akui Takut Risiko Jangkitan COVID-19
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber : Berita Harian


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Perlu Saring Ratusan Kontak Rapat, Petugas Akui Takut Risiko Jangkitan COVID-19

Sharing is caring!