Akibat menuduh seorang atuk tua sebagai pengemis yang meminta-minta wang, aktor Indonesia Baim Wong hingg kini terus dihujani kecaman daripada netizen. Bukan sahaja terhina dengan perlian yang dibuat oleh pelakon dermawan ini, malahan Pak Cik Suhud mengakui sangat malu hinggakan anak-anaknya sendiri melarang bapa mereka berniaga lagi.
BACA :Â Atuk Tua Nangis Dedah Hal Sebenar-Apa Yang Diceritakan Baim Wong Tak Betul
Keluarga Pak Cik Suhud tuntut delete content
Mengakui bapa mereka juga bersalah kerana mengekori Baim, namun anak warga emas ini menyifatkan sebenarnya boleh sahaja menolak secara baik tanpa perlu diaibkan sedemikian rupa. Dengan wajah Pak Cik Suhud yang tidak dikaburkan, mereka sekeluarga menuntut agar content YouTube terbabit dihapuskan serta merta.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Allah beri teguran, maksudnya Allah masih sayang saya
Walaupun pernah mengakui tidak menyesal atas apa yang dilakukan, akhirnya dia membuat permohonan maaf terbuka sambil memuat naik gambar dengan anak keduanya. Dia juga berpesan bahawa isu berkenaan bukanlah kerana nasib malang yang menimpa setelah bayinya dilahirkan. Menganggap kejadian ini sebagai teguran dari Allah, Baim menyuarakan hasrat untuk bersemuka sendiri dengan lelaki tua berkenaan secara damai.
Diberi hati yang masih sedar salah sendiri tu adalah nikmat
Keluhuran hati Baim yang berani mengakui silapnya terus meraih pujian netizen. Lantas ramai yang memberikan sokongan selain berharap kontroversi hebat ini dapat menjadikannya sebagai orang yang lebih baik.
Sumber : Instagram Baim Wong
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura