Hiburan

Pernah Alami 2 Kali Keguguran,Natasha Hudson Akui Perkahwinan Ke-4 Penuh Derita

Pernah Alami 2 Kali Keguguran,Natasha Hudson Akui Perkahwinan Ke-4 Penuh Derita

Natasha Hudson, pelakon yang penuh dengan kontroversi ini pernah menggamatkan dunia hiburan apabila berpisah dengan suaminya, Noor Nashriq Sekanor baru-baru ini. Perkahwinan kali ke-4 bagi dirinya yang dibina selama setahun itu berakhir dengan kedukaan. Sebelumnya wanita itu memberi alasan tiada sefahaman sebagai punca berlakunya perpisahan tersebut dan mahu menumpukan kehidupan bersama anak-anaknya. 


BACA:Penuh Dengan Penipuan..Perkahwinan Natasha Hudson Gagal Buat Kali Ke-4

Natasha derita dalam perkahwinan

Walau bagaimanapun, hari ini Natasha mendedahkan dirinya menderita dalam perkahwinan berkenaan. Dalam temubualnya bersama Harian Metro, rumah tangganya bermasalah sejak hari pertama pernikahan dan merasakan kebahagiaan yang dikecapi adalah lebih sedikit berbanding penderitaan yang dialami. 

Pernah Alami 2 Kali Keguguran,Natasha Hudson Akui Perkahwinan Ke-4 Penuh Derita

Pernah Alami 2 Kali Keguguran,Natasha Hudson Akui Perkahwinan Ke-4 Penuh Derita

Tak cukup jumpa anak sebulan sekali

Sepanjang perkahwinannya yang keempat itu, dia mengakui pernah keguguran sebanyak dua kali. Walaupun reda dengan kejadian tersebut namun kehilangan tersebut terasa sangat besar bagi dirinya. Selain itu, pelakon itu turut terhalang dari bertemu dengan anak-anaknya memandangkan dia  berada di Kelantan bersama suami dan hanya berpeluang berjumpa mereka sebulan sekali. Perkara tersebut menyebabkan hubungannya dan anaknya sedikit renggang serta kurang kasih sayang. 


Pernah Alami 2 Kali Keguguran,Natasha Hudson Akui Perkahwinan Ke-4 Penuh Derita

“Sebelum ini bekas suami tak benarkan saya berlakon”

Suaminya sebelum ini juga tidak membenarkan dia meneruskan perjalanan dalam dunia lakonan. Walau bagaimanapun selepas berpisah, dia ingin meneruskan kembali kariernya di samping menumpukan perhatian kepada ketiga-tiga anak perempuannya. 


Pernah Alami 2 Kali Keguguran,Natasha Hudson Akui Perkahwinan Ke-4 Penuh Derita

Sumber: Harian Metro 

 

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pernah Alami 2 Kali Keguguran,Natasha Hudson Akui Perkahwinan Ke-4 Penuh Derita

Facebook

Telegram