Pernah Disuruh Buka Tudung Jika Mahu Jadi Penyanyi, Yuna Bongkar Cerita Lama

Siapa saja yang tidak mengenali Yuna? Memulakan kerjaya pada tahun 2006 lalu, penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah itu terus menjadi kebanggaan Malaysia kerana telah berjaya melakar nama di persada antarabangsa. Bersempena Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari yang lalu, artis yang pernah popular menerusi lagu ‘Crush‘ ini telah berkongsi cabaran dan rintangan dihadapinya ketika dia bermula memakai tudung pada usia 20-an.

BACA: “Dia Penyanyi Asal Ke?” – Suara Gadis Ini Dipuji Dendang ‘Kuch Kuch Hota Hai’

Disuruh buka tudung, dedah bahu & lutut

Menerusi satu posting di laman Instagram miliknya, Yuna, atau nama penuhnya Yunalis Zarai memberitahu bahawa sebuah syarikat rakaman pernah menyuruhnya untuk mencabut tudung jika mahu bernaung di bawah label tersebut. Tak cukup dengan itu, dia juga pernah beberapa kali diminta untuk mendedahkan bahagian bahu serta lututnya ketika sesi penggambaran. Namun dia mengendahkan permintaan tersebut kerana Yuna lebih percaya untuk menjadi diri sendiri.

Advertisement

Tidak mahu mukanya di cover majalah…masyarakat dulu prejudis

Isteri kepada Adam Sinclair itu juga mendedahkan bahawa terdapat beberapa majalah fesyen tidak mahu meletakkan wajahnya di muka hadapan hanya kerana berhijab sewaktu dia mula bergelar penyanyi dan penulis lagu di tanah air. Namun begitu, dia sangat bersyukur apabila persepsi masyarakat global yang dahulunya prejudis sudah mulai berubah dan imej wanita beragama Islam sepertinya semakin diterima ramai.

Mahu terus hasilkan muzik demi keluarga

Yuna turut mendedahkan bahawa dia hanya mengadu tentang isu sebegini dengan ibunya dan sering berdoa agar semuanya baik-baik sahaja. Menurutnya lagi, dia meneruskan kerjayanya dengan niat ingin menghasilkan muzik selain memberikan kehidupan yang lebih baik buat ahli keluarganya. Dalam pada itu, Yuna menyifatkan apa yang dimilikinya sekarang adalah satu anugerah.

Advertisement

Terima kasih kerana memberikan peluang

Dalam posting itu Yuna turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberikannya peluang serta sudi bekerjasama dengannya, sama ada dalam bidang muzik mahupun fesyen. Dia juga memberikan penghargaan kepada mereka yang sentiasa tegas dengannya. Malahan, penyanyi ini turut menitipkan nasihat supaya terus maju ke hadapan dan lakukan yang terbaik tanpa mengorbankan identiti masing-masing.

View this post on Instagram

Advertisement

I remember the first year I tried out wearing the hijab before committing to it I was 20 maybe. I was like – lets see how it goes! It wasn’t until when I walked into meetings and men in suits asking me to take my hijab off if I wanted to sign with the label- it wasn’t until when this happened when I felt it was important to stay true to myself. Man… there were a number of times – even for shoots I was asked to show some shoulders or my knee and i just walked away. When I was the first hijabi singer songwriter in my country some fashion magazines back then didn’t even want to put me on the cover.. It was unheard of- hijabi on the fashion magazine cover. Crazy right? Eventually that changed a few years after I started. Things are so different today! I’m happy to see more of my sisters out there doing their thing, and the world becoming more accepting of women like me, regardless of how we wear our scarf turban or hijab- to see our caliber, our soul, our identity. But back then- The prejudice was real. People in my field looked at me a certain way, I just had to ignore it and move forward. I literally just prayed that all will be okay & talked to my mom, and take it slowly day by day. I did my thing with the intention to make MY music, and help giving my family a better life.. What I have today is such a blessing alhamdulillah. Thank you everyone who gave me an opportunity to shine, people who wanted to work with me in music and fashion & also for being tough on me too. I needed it to strive. Here’s a throwback when @instylemagazine took a chance with this hijabi and did an 6 page fashion spread / article on me in 2016.🙏🏽❤️ If you ask me for advice- is just keep on going, and do your best without sacrificing your identity. Happy world hijab day✨ photos by @joachimmuellerruchholtz #worldhijabday

A post shared by Yuna ユナ ROUGE (@yuna) on

Advertisement

Sumber: Instagram Yuna

Apa Komen Anda?