Inspirasi Kehidupan Viral

Pernah Duduk Estet, Lelaki India Nangis Jumpa Balik BFF Lepas 25 Tahun Terpisah

Pernah Duduk Estet, Lelaki India Nangis Jumpa Balik BFF Lepas 25 Tahun Terpisah

Mempunyai best friend forever (BFF) adalah satu daripada perkara yang indah dalam hidup kerana dengan merekalah kita sering berkongsi cerita. Namun, penghijrahan salah seorang daripadanya ke tempat baharu menyebabkan mereka akan terpisah buat sekian lamanya sama seperti kisah di bawah ini.


BACA: Dah Kahwin Pun Mahu Bestfriend Sampai Tua, Lelaki Wanita Ini Buat Ramai Kagum

Prank kawan baik..Hampir 25 tahun tak berjumpa

Sebuah video dimuat naik oleh Nor Zana Rahmad tular di TikTok apabila berkongsikan rancangan si suami membuat kejutan untuk rakan baik berbangsa India. Apabila maskot Mickey Mouse itu dibuka, dia amat terkejut tatkala melihat BFF yang terpisah selama 25 tahun ada di depan matanya sendiri.


Pernah Duduk Estet, Lelaki India Nangis Jumpa Balik BFF Lepas 25 Tahun Terpisah

Dulu suami duduk estet jadi dia ada ramai kawan India…Siap fasih berbahasa Tamil

Menurut penjelasan oleh Nor Zana dalam video tersebut, suaminya pernah tinggal di kawasan estet pada suatu ketika dahulu. Menariknya dia bukan sahaja berkawan rapat dengan ramai rakan berbangsa India malah, suaminya juga pandai bertutur dalam bahasa Tamil.


@norzanarahmad

prank kwn baikk… hampir 25thn xberjumpa #viral2021 #foryou #kitaupsamasama #TDbff #tiktokmalaysia #fypdongggggggg

♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Kenapa saya pun menangis…Dulu saya ada BFF India & dah macam adik beradik, Macha mana you sekarang?

Sejak dikongsikan 2 hari lalu, video ini telah meraih hampir 620 ribu jumlah tontonan. Bukan itu sahaja, ruang komennya juga dibanjiri dengan 4 ribu respon daripada netizen. Rata-rata amat tersentuh melihat ‘dakapan rindu’ oleh kedua-dua lelaki berkenaan. Rupa-rupanya ramai juga antara mereka yang mempunyai kawan baik berbilang bangsa.

Pernah Duduk Estet, Lelaki India Nangis Jumpa Balik BFF Lepas 25 Tahun Terpisah

Pernah Duduk Estet, Lelaki India Nangis Jumpa Balik BFF Lepas 25 Tahun Terpisah

Pernah Duduk Estet, Lelaki India Nangis Jumpa Balik BFF Lepas 25 Tahun Terpisah

Pernah Duduk Estet, Lelaki India Nangis Jumpa Balik BFF Lepas 25 Tahun Terpisah

Sumber: TikTok norzanarahmad

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pernah Duduk Estet, Lelaki India Nangis Jumpa Balik BFF Lepas 25 Tahun Terpisah

Facebook

Telegram