Viral Antarabangsa

Pernah Gagal 2 Kali, Ayah Tak Berhenti Menangis Tengok Anak Lulus Ujian Tentera

Pernah Gagal 2 Kali, Ayah Tak Berhenti Menangis Tengok Anak Lulus Ujian Tentera

Pernah tak anda dengar kata-kata hikmah yang berbunyi ‘kegagalan hanyalah satu peluang bagi anda untuk mencuba sehingga berjaya’? Selagi ada keinginan dan kemampuan, kegagalan boleh bertukar menjadi kejayaan seperti yang dialami oleh pemuda Indonesia ini.

BACA: [VIDEO] “Allah, Kek Terbang”- Pemuda ‘Terciduk’ Kejutan Birthday Tak Menjadi

2 kali gagal ujian tentera, akhirnya pemuda lulus buat kali ke-3

Menerusi Tiktok @tticoalu, seorang pemuda akhirnya lulus setelah gagal dalam ujian ketenteraan sebanyak 2 kali. Lelaki itu kemudiannya membuat kejutan untuk  si ayah yang berada di sebuah pusat perubatan. Dia turut mengenakan pakaian uniform Tentara Nasional Indonesia (TNI) sebagai tanda sudah lulus.


Pernah Gagal 2 Kali, Ayah Tak Berhenti Menangis Tengok Anak Lulus Ujian Tentera

Ayah terus menangis di atas katil, bagai tak percaya lihat anak pakai pakaian seragam TNI

Apabila dia tiba ke bilik rawatan, bapanya terus menangis di atas katil. Hal ini kerana, warga emas berkenaan berasa sangat sebak apabila mengetahui anaknya sudah berjaya menjadi seorang tentera. Bagaikan tidak percaya, lelaki tua berkenaan terus menatap wajah anaknya dan uniform yang dipakai sambil menangis.

@tticoalu

1x gugur, 2x gugur, 3x Puji Tuhan Lulus 🥳 #fyp

♬ Coming Home – Part II – Skylar Grey

Air mata seorang ayah memang sesuatu yang berharga, rasa terharu bila tengok ni

Video berdurasi 30 saat berkenaan meraih lebih 1 juta tontonan setakat ini di aplikasi TikTok. Selain mengucapkan tahniah kepada pemuda berkenaan, ada juga netizen akui tersentuh apabila melihat reaksi bapanya yang sebak itu.


Pernah Gagal 2 Kali, Ayah Tak Berhenti Menangis Tengok Anak Lulus Ujian Tentera

Pernah Gagal 2 Kali, Ayah Tak Berhenti Menangis Tengok Anak Lulus Ujian Tentera

Pernah Gagal 2 Kali, Ayah Tak Berhenti Menangis Tengok Anak Lulus Ujian Tentera


Pernah Gagal 2 Kali, Ayah Tak Berhenti Menangis Tengok Anak Lulus Ujian Tentera

Pernah Gagal 2 Kali, Ayah Tak Berhenti Menangis Tengok Anak Lulus Ujian Tentera

Sumber: TikTok @tticoalu

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pernah Gagal 2 Kali, Ayah Tak Berhenti Menangis Tengok Anak Lulus Ujian Tentera

Facebook

Telegram