Pernah Gagal SPM, Siapa Sangka Gadis Ini Merupakan ‘Orang Kuat’ Konsert K-Pop

Kecundang dalam peperiksaan bukanlah bermakna seseorang itu gagal dalam kehidupan. Sebaliknya, ia perlu dijadikan sebagai pengajaran agar tidak diulangi pada masa akan datang. Malahan rata-rata orang yang berjaya masa kini bermula dengan beberapa episod kegagalan terdahulu. Antaranya adalah seorang gadis yang bernama Siti Aishah Noor Azham ini, sebelum dia membina karier selaku penterjemah utama bagi beberapa penganjuran konsert K-Pop.

BACA: Guru Ini Tabah ‘Layan’ Cakap Orang Kampung – “Tak Hina Pun Suami Pemandu Lori”

Shah nak kongsi macam mana dapat kerja walaupun fail SPM

Pernah buat business sendiri…tapi untung cuma RM 24 sebulan

Waktu di sekolah dulu, individu yang mesra dipanggil Shah ini kurang fokus terhadap akademik dan lebih suka explore perkara-perkara yang jarang diperolehi dalam bilik darjah. Dia juga pernah mengusahakan sebuah perniagaan namun tidak bernasib baik apabila mengaut keuntungan bersih cuma RM24 sebulan. Sehinggalah dia akhirnya terfikir untuk mendekati budaya hiburan Korea Selatan yang masa itu baru sahaja bertapak di negara ini.

Nekad berhijrah ke Korea Selatan…jadi penterjemah

Selepas 6 bulan belajar menerusi Internet dan bahan bacaan lain pula, Shah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Korea Selatan bagi meningkatkan lagi penguasaan bahasa ketiganya meskipun terpaksa makan roti setiap hari. Sepanjang tempoh tersebut, dia telah membantu ramai warga Malaysia sama ada yang bercuti mahupun melakukan penggambaran muzik video di sana. Dia memulakan kerjaya sebagai penterjemah selepas terlibat menjayakan konsert bersama kumpulan sensasi, iKON.

Korean team sangat demanding…salah translate satu perkataan siap la

Jelas gadis berusia 23 tahun itu lagi, tugas penterjemah amat penting selaku ‘orang tengah’ antara team produksi dari kedua-dua negara. Meskipun berdepan pelbagai dugaan pada awalnya, namun Shah tetap bersyukur kerana semua pengalaman yang diperolehinya begitu berharga.

Hidup sekarang ulang-alik Korea…semuanya sebab nak dapatkan lebih RM24

Sumber: Twitter asoshiation

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?