Pernah Jadi Pramugari, Raja Ilya Kesal Cabin Crew Sekarang Tak Macam Dulu

Kerjaya sebagai pramugari sering dianggap hebat dan popular sehingga ramai yang menyifatkan mereka ini golongan yang beruntung kerana terpilih menjadi seorang ‘cabin crew’.  Hakikatnya, tidak ramai yang mengetahui perit jerih pekerjaan ini sehinggalah dia berada di tempat itu. Perkara itu ada dikongsikan Raja Ilya melalui luahan kapsyen yang panjang di Instagramnya. 

BACA: Dari Guru Sandaran Jadi Pramugari.. Kisah Gadis Melanau Ini Jadi Tumpuan di FB

Menurut Raja Ilya, hendak menjadi seorang pramugari pada masa dulu bukanlah satu perkara yang mudah. Malah apabila sudah terpilih, mereka perlu sentiasa menjaga kualiti penampilan diri dan prestasi kerja dari masa ke masa. 

Kalau eye shadow tak warni warni confirm kena surat amaran 

Dalam pada itu, Raja Ilya turut meluahkan rasa kesalnya apabila kebanyakkan sikap pramugari hari ini terhadap penumpang tidak lagi mesra seperti dulu. 

Sedih tengok.. senyum tak, muka masam, macam service budak taska

Raja Ilya sempat berpesan kepada semua pramugari supaya bersifat baik kepada semua penumpang sepanjang menjalankan tugas kerana saat-saat berada di atas awan itu adalah saat yang paling berisiko dan mereka patut mengambil kesempatan ini meraih kemesraan dan kepercayaan ramai terhadap mereka.

Bila atas awan tu, anggaplah semua sebagai keluarga

Tak guna beli tiket pastu dilayan macam nak flight charity 

Sumber: IG rajailya

Apa Komen Anda?