Pernah ada kata-kata berbunyi ‘jodoh tak mengenal usia’. Kadang-kadang ada yang ditakdirkan mendapat pasangan muda mahupun lebih berusia. Sama juga seperti kisah pasangan ini apabila telah tertulis untuk bersama walaupun terdapat halangan di awal perkenalan.
BACA: Jarak Usia 15 Tahun Bukan Penghalang, Tetap Berjodoh Walau Pernah Block Suami
Masa sebelum kahwin, kawan ada suruh terima dia… tapi saya reject sebab terlalu berumur
Menerusi sorotan izyanjamal di laman TikTok, dia sebelum ini pernah beberapa menolak untuk berkahwin dengan suaminya kerana perbezaan umur sejauh 15 tahun. Memandangkan dirinya yang baharu sahaja putus tunang ketika itu, siapa sangka berkat kesabaran lelaki berkenaan menjadi asbab mereka berjodoh. Lebih mengharukan, wanita tersebut difahamkan mula ‘cair’ selepas melihat si dia yang mesra melayan anak-anaknya.
@izyanjamal Tahun ke-4 raya sama sama 🥰
Masa putus tunang, saya nangis di riba mak…lepastu dia berdoa berikan saya jodoh terbaik
Mengenai perhubungan itu, segala urusan dipermudahkan selepas mendapat mendapat restu daripada pihak keluarga. Malah, si ibulah yang selalu di sisi selain berdoa agar anaknya dikurniakan jodoh yang sesuai. Siapa sangka, berkat kata-katanya membuatkan dia terbuka hati menjadi pelengkap dalam kehidupan suami dan anak-anak tiri.
@izyanjamal Reply to @khairyfazreen
Umur sekarang tak penting dah…dulu kisah juga bab umur tapi sekarang terima je siapa yang boleh jaga kita
Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja mengenangkan kisah bagaimana mereka mampu disatukan. Malah, ada juga yang memuji wajah si suami yang kelihatan muda walaupun kini sudah berusia lebih 40 tahun.
Kredit: TikTok izyanjamal
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
