Pernah Reject Suami Sebab Nakal, Wanita Ini Akhirnya Nikah Budak Sekolah Juga!

Tipulah kalau anda tak pernah bercinta, atau paling tidak pun jatuh hati pada seseorang masa zaman sekolah dulu kan? Tapi pernah tak terfikir bahawa orang yang selalu crush dekat kita itulah yang menjadi jodoh suatu hari nanti. Itulah yang berlaku dalam kehidupan seorang wanita bernama Syahierah Eliya bt Sabri apabila mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Muhammad Amirul b Muhammad Amri yang juga merupakan rakan sekelasnya dahulu. 

BACA: Instafamous Sah Jadi Suami Isteri, Tapi Baju Pengantin Terkoyak Jadi Tumpuan!

Menerusi tweet rakannya bernama Azyan Syazwani Rozik beberapa hari lalu, dia berkongsi beberapa foto semasa wedding photoshoot mempelai ini yang diambil di SMK Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan. Ketika dihubungi oleh pihak Erin Sakura, Azyan yang turut bertindak selaku jurufoto mereka sengaja memilih lokasi berkenaan demi mengembalikan semula kenangan sewaktu rakan-rakannya ini pertama kali berkenalan.

Sebenarnya mereka pernah sekelas di Tingkatan 3. Masa itu Amirul merupakan seorang murid yang nakal manakal isterinya pula seorang yang baik, macam gadis Melayu terakhir. Setiap hari, dia selalu kacau & bagi ayat mengurat kepadanya. Namun Syahierah tidak selesa dengan semua perkara itu & pilih untuk reject dia sampai Tingkatan 5.

Amirul juga pernah bagi nombor telefon pada crush dia ni. Tapi Syahierah masih malas nak melayan, jadi dia terus bagi nombor tu kepada ibunya. Dan bila Amirul ni dah start bagi ayat sweet macam “awak bidadariku” dan sebagainya, ibu Syahierah terus marah dan minta dia jangan kacau anak daranya lagi.

Namun begitu, dia memuji semangat pengantin lelaki itu kerana dia tidak berputus asa mengejar wanita yang disukai itu agar kembali membalas cintanya.

Lepas habis sekolah pun Amirul masih cuba untuk memulihkan hubungan mereka sebab dia masih percaya bahawa Syahierah is the one. Pada hujung tahun 2013, dia tegur pula di Twitter sebaik dapat tahu tentang akaun crush ini dan sejak itulah mereka mula menjalin hubungan serius. Akhirnya mereka mengikat tali pertunangan awal tahun ini, seterusnya diijabkabul pada 14 Ogos lalu. 

Jangan anggap cinta monyet tak boleh jadi cinta selamanya..

Ternyata foto-foto manis yang diambil di sekolah tersebut mendapat perhatian ramai di laman Twitter yang mana rata-rata mereka memujinya sebagai unik, rare dan juga sangat manis. Malah ujar Azyan lagi yang juga bertemu cinta hatinya dari sekolah ini juga, kita semua tidak boleh menganggap bahawa cinta monyet boleh dibawa jadi cinta selamanya. Hal ini kerana semuanya bergantung pada sikap individu sama ada mereka sanggup berubah serta ikhlas dalam hubungan tersebut.

Sumber: Twitter & IG azyn_

Apa Komen Anda?