Viral Artis rancangan tv

Pernah Terguris Hati Dengan Tok Ram Masa GV 2016, Kak Lina Dedah Hubungan Kini

Pernah Terguris Hati Dengan Tok Ram Masa GV 2016, Kak Lina Dedah Hubungan Kini

Muncul dengan Nabil Ahmad mengendalikan GV9 pada malam tadi, Elly Mazlein atau nama manjanya, Kak Lina Pom Pom telah menjadi tumpuan utama. Mana tidaknya, energy yang dipaparkan dari awal sampai ke habis rancangan cukup konsisten tanpa menurun langsung. Bahkan prestasi pengacaraan artis ini yang mengakui santai menjadi diri sendiri meraih pujian melambung daripada netizen.

BACA : Hiperaktif Sampai Nabil Susah Control, Kak Lina Kejung Lepas Ditegur Tok Ram

Masa mula-mula nervous macam nak pitam, kita menggantikan orang (minit 3:30)

Mesra melayani soalan wartawan selepas konsert minggu pertama tamat, Kak Lina akui sebenarnya dia sungguh gemuruh untuk mengacara. Begitu menghargai sokongan diberikan oleh Haji Nabil, dia cuba membuat yang terbaik meskipun tanggungjawabnya dalam rancangan nyanyian popular itu disifatkan sebagai komitmen berat.

Pernah Terguris Hati Dengan Tok Ram Masa GV 2016, Kak Lina Dedah Hubungan Kini

Alhamdulillah suami sangat memahami, dia faham minat & ini punca rezeki Kak Lina (minit 7:35)

Sudah bersedia dengan sebarang kebarangkalian, pelakon drama ‘Kampung People’ itu  menegaskan dia sangat terbuka dengan teguran atau kritikan sepanjang 9 bulan ke depan. Apa jua yang bakal terjadi, dia akan terus bekerja dengan keras selain gigih menyempurnakan komitmen dalam dunia lakonan.

Takkan nak masa muka sampai bila-bila…Apa pun kita dulu yang harus minta maaf (minit 8:30)

Di kesempatan itu, Elly Mazlein turut menjawab soalan tentang hubungan terkini dengan Datuk Ramli MS. Bagi yang tidak tahu, dahulu mereka berdua pernah ada isu di GV3 (2016) rentetan tindakan Tok Ram memberikan komen ‘pedas’ terhadap persembahan Kak Lina. Alhamdulillah, kini segala sengketa lama kembali jernih malahan kedua-dua figura itu sudah boleh bergurau sesama sendiri.

Kredit : YouTube Muhammad Kaha & F8Buzz

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pernah Terguris Hati Dengan Tok Ram Masa GV 2016, Kak Lina Dedah Hubungan Kini

Facebook

Telegram