Artis Hiburan Viral

Pernah Viral Cara Gelak & Cakap ‘Sebijik’ Jep Sepahtu, Pemuda Segan Masa Jumpa

Pernah Viral Cara Gelak & Cakap ‘Sebijik’ Jep Sepahtu, Pemuda Segan Masa Jumpa

Gara-gara memiliki cara cakap dan bunyi ketawa yang sama dengan Jep Sepahtu, seorang pemuda ini dahulunya pernah menjadi tular dikatakan sebagai ‘kembar’ pelawak tersebut. Melalui puluhan rakaman video yang dikongsikan ke halaman TikTok @ayiematpiah sendiri, anda dapat saksikan dan dengarkan sendiri persamaan tersebut khususnya apabila dia akan tergelak selepas melantunkan dialog lawak.

BACA : Dituduh Sengaja Tiru Gaya Jep Sepahtu Gelak Demi Raih View, Gadis Jawab Kecaman

Kenapa macam Jep? Saya bukan Jep, saya Jap…Janganlah samakan, nanti orang tu marah…Saya memang macam ini

Pun begitu sebelum ini, pemuda berkenaan sempat menafikan hal berkenaan tambahan pula dia sendiri risau sekiranya gurauan tersebut membuat pihak Jep rasa kurang senang. Terdahulu, rakaman yang membuat dirinya viral meraih lebih 3 juta tontonan daripada netizen.

@ayiematpiah

kenapa ek? btw welcome back my first account.. terima kasih ma bro jibby yg bantu 🙏🏻

♬ bunyi asal – Bro.A – Bro.A

@ayiematpiah

Balas kepada @imantroye penyodok dua serupa kot.. tp sudikah awak jadikan saya teman

♬ bunyi asal – Bro.A – Bro.A

Yang mana nak tengok saya dengan Jep tu, seganlah nak cakap dengan dia

Hampir 2 bulan berlalu sejak penularan video itu, akhirnya semalam pemuda ini mengejutkan ramai setelah berpeluang untuk berjumpa dengan Jep Sepahtu. Oleh kerana merasa segan untuk memulakan perbualan panjang tambah lagi artis berkenaan dikatakan sedang rushing, dia hanya merakam sekilas pandang sahaja dan cuma mengambil sekeping gambar kenang-kenangan.

@ayiematpiah

saya hadir utk semua 👍

♬ bunyi asal – Bro.A – Bro.A

Alhamdulillah impian netizen tercapai, lepas ni dah boleh tidur malam…Finally jumpa juga kembar, adik abang buat-buat tak kenal

Melalui ruangan komen, ramai netizen berpuas hati dengan pertemuan mereka berdua meskipun sangat singkat. Walaupun tidak dapat mendengar ‘kembar’ itu berbual, namun mereka menyifatkan cara gelaknya memang serupa malahan wajah pemuda itu turut dikatakan menyerupai Jep Sepahtu.

Pernah Viral Cara Gelak & Cakap ‘Sebijik’ Jep Sepahtu, Pemuda Segan Masa Jumpa

Pernah Viral Cara Gelak & Cakap ‘Sebijik’ Jep Sepahtu, Pemuda Segan Masa Jumpa Pernah Viral Cara Gelak & Cakap ‘Sebijik’ Jep Sepahtu, Pemuda Segan Masa Jumpa Pernah Viral Cara Gelak & Cakap ‘Sebijik’ Jep Sepahtu, Pemuda Segan Masa Jumpa

Kredit : TikTok ayiematpiah

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pernah Viral Cara Gelak & Cakap ‘Sebijik’ Jep Sepahtu, Pemuda Segan Masa Jumpa

Facebook

Telegram

Facemask For Kids