Hiburan

Persembahan Dianggap Keterlaluan? Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan..

Persembahan Dianggap Keterlaluan? Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan..

Sharing is caring!

Seperti dijangka ramai pihak, lagu ciptaan penyanyi Naim Daniel dan Omar K berjudul ‘Sumpah’ merangkul gelaran juara  Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam. Meskipun begitu, persembahan vokal penyanyi Aina Abdul menerusi lagu berjudul ‘Sumpah’ juga tidak kurang hebatnya dan menerima pujian ramai. Namun begitu,  terdapat sesetengah pihak meluahkan rasa kurang senang dengan konsep persembahan itu.

BACA : First Time Masuk Semifinal AJL Tapi Macam Pro, Aina Abdul Berjaya Beri Kejutan

Apakah sudah tiada idea kreatif lain?

Aina yang berpakaian serba putih kemudian dilihat menusuk dadanya sehingga mengeluarkan cecair merah mencurah sebagai gambaran kekecewaan ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen. Persembahan itu bagaimana turut mendapat perhatian sebuah persatuan iaitu ‘Miasa’ dengan meluahkan rasa kesal menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook. Pihak Miasa berpendapat persembahan tersebut telah membawa mesej yang salah kepada penonton mengenai luahan kekecewaan dengan mengambil keputusan untuk memudaratkan diri.


Persembahan Dianggap Keterlaluan? Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan..Persembahan Dianggap Keterlaluan? Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan..Persembahan Dianggap Keterlaluan? Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan..

Persembahan Dianggap Keterlaluan? Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan..

Adegan seperti itu boleh membuat seseorang trigger

Dalam pada itu pihak Miasa turut menegaskan bahawa persembahan tersebut menyalahi garis panduan berkenaan aksi atau sebarang bentuk adegan yang memudaratkan diri disiarkan di televisyen. Hal ini kerana tindakan seperti itu boleh mendorong seseorang individu yang mempunyai masalah psikologi melakukan aksi seperti itu.

Persembahan Dianggap Keterlaluan? Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan..

Pastikan perkara seperti ini tak akan berulang

Susulan itu, pihak Miasa akan mengambil tindakan demi memastikan persembahan sebegitu tidak berulang. Miasa sebelum ini juga pernah mengkritik muzik video ‘Sumpah’ nyanyian Aina Abdul kerana memberi gambaran buruk terhadap penghidap masalah psikologi atau Skizofrenia.


Persembahan Dianggap Keterlaluan? Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan.. Persembahan Dianggap Keterlaluan? Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan..

Sebagai simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita

Terpanggil memberi respon terhadap isu tersebut, Aina berkata gimik persembahan itu hanyalah sekadar simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita. Malah dia juga bersyukur kerana impiannya untuk berada di pentas berprestij itu menjadi kenyataan.

Persembahan Dianggap Keterlaluan? Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan..

Persembahan Dianggap Keterlaluan? Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan..

Sumber : Facebook Miasa, Instagram Aina Abdul


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!