Hiburan Viral

Persembahan Dipuji World Class, Rupanya Suki Low Siap Pergi Kelas Bahasa Korea

Persembahan Dipuji World Class, Rupanya Suki Low Siap Pergi Kelas Bahasa Korea

Diberi tugas menyanyikan lagu bahasa asing bukanlah perkara mudah. Namun, Suki Low tetap berjaya membuat persembahan yang sangat baik ketika mendendangkan lagu bertajuk ‘You Are My Everything’ dari sebuah drama Korea popular iaitu ‘Descendent Of The Sun’ dalam minggu ke-8 malam tadi.


BACA: Akui Lebih Kerap Mandi Sejak Masuk GV8, Upiak Dedah Pernah Tak Mandi 10 Hari

Saya suka main piano tu, It’s a world class of performance (Minit 5.45)

Sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu, Dato’ Ramli M.S menyatakan bahawa vokal penyanyi itu menjadi lebih baik selepas dia tidak bermain pianonya. Pun begitu, berbeza pula dengan pendapat diberikan Datuk Norman Abdul Halim sebagai juri jemputan yang menyifatkan nyanyian Suki persis persembahan berkelaskan dunia.

@sitizones.official

#Hello2022 #xyzbca #fypシ #fyp #sitinurhaliza #fypworld #fypmalaysia🇲🇾 #gv8 #sukilow #youaremyeverything

♬ bunyi asal – Sitizone❤️ – Sitizone❤️

Dia cipta sendiri skor lagu yang dia dapat…Pergi kelas bahasa Korea untuk betulkan sebutan

Menerusi perkongsian Huda.S di akaun Twitter, Suki Low amat komited dengan tugas yang diberikan sehingga menghadiri kelas bahasa Korea untuk memperbaiki sebutannya. Hasil daripada usaha tersebut, wanita berkenaan akhirnya berjaya menduduki tempat pertama dengan pungutan markah sebanyak 78.90%.


Sumpah nice dia nyanyi semalam…Aku sampai confused ni penyanyi asal ke?

Melihat persembahan yang sangat memukau itu, rata-rata netizen sangat berpuas hati dengan nyanyian Suki Low dalam minggu suku akhir ini. Akui lagu ini sukar untuk dibawa, ramai antara mereka terkejut mendengar lontaran suaranya yang hampir sama dengan penyanyi asal.


Persembahan Dipuji World Class, Rupanya Suki Low Siap Pergi Kelas Bahasa Korea

Persembahan Dipuji World Class, Rupanya Suki Low Siap Pergi Kelas Bahasa Korea

Persembahan Dipuji World Class, Rupanya Suki Low Siap Pergi Kelas Bahasa Korea

Kredit: TikTok Sitizone, Instagram Astro Gempak, Twitter Huda.S & YouTube SYAM CHANNELS

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Persembahan Dipuji World Class, Rupanya Suki Low Siap Pergi Kelas Bahasa Korea

Facebook

Telegram