Viral Family Kehidupan

Persiapkan Anak Jadi Suami Terbaik, Ramai Pula Seram Dapat Ibu Mentua Begini

Persiapkan Anak Jadi Suami Terbaik, Ramai Pula Seram Dapat Ibu Mentua Begini

Setiap perempuan yang bakal mendirikan rumah tangga sudah semestinya impikan seorang suami mithali dan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Selain daripada itu, dikurniakan ibu mentua yang baik turut merupakan satu rezeki. Namun begitu, tak semua orang berpeluang merasakan nikmat tersebut.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Lihat ini sudah kudidik supaya kelak menjadi suami yang ringan tangan dan suka membantu

Sempat tular dinegara jiran, seorang ibu berkongsi tentang persiapan mendidik anaknya yang masih bersekolah agar menjadi suami yang baik kepada bakal isterinya nanti. Menurut Lenna Rusdan, dia sudah mengajar cahaya matanya itu supaya sentiasa ringan tulang dalam membantu hal rumah. Jelas individu tersebut, budak tersebut juga turut dipesan supaya tidak bermain-main nanti dalam hal rumah tangga.

Persiapkan Anak Jadi Suami Terbaik, Ramai Pula Seram Dapat Ibu Mentua Begini

Sudah dididik jadi peribadi yang sopan, menghargai dan hormat wanita

Menerusi video yang dikongsikan oleh si ibu itu, kanak-kanak tersebut sudah diajar untuk memasak, membasuh pinggan serta mengemas rumah dari kecil lagi. Justeru,wanita berkenaan bertegas bakal menantunya harus berterima kasih kepadanya dan tidak menjadikan tiada sebab untuk menjadikan cahaya matanya itu seorang yang derhaka kepada orang tua.

@lennarusdan

la dipersiapkan dari dini 😂🤭

♬ suara asli – Mama Songong – Mama Songong

Mari kita berbesan, umur anak mungkin sama. InsyaAllah kita akan jadi besan yang baik

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji wanita berkenaan atas didikan kepada anaknya itu malah sempat berseloroh untuk menjadi besan dengannya. Namun, ada juga yang berasa seram untuk menjadi menantunya kerana ketegasan dimiliki si ibu berkenaan.

 

Persiapkan Anak Jadi Suami Terbaik, Ramai Pula Seram Dapat Ibu Mentua Begini

Persiapkan Anak Jadi Suami Terbaik, Ramai Pula Seram Dapat Ibu Mentua Begini

Persiapkan Anak Jadi Suami Terbaik, Ramai Pula Seram Dapat Ibu Mentua Begini

Kredit: TikTok Leenarusdan

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Persiapkan Anak Jadi Suami Terbaik, Ramai Pula Seram Dapat Ibu Mentua Begini

Facebook

Telegram