Viral

Persis GlamBOT Hollywood, Satu Family Viral Buat Video Slowmo Raya Tergempak

Persis GlamBOT Hollywood, Satu Family Viral Buat Video Slowmo Raya Tergempak

Sharing is caring!

Sebut sahaja mengenai hari raya, ramai menggunakan peluang tersebut untuk tampil lebih bergaya terutama di hadapan kamera. Pelbagai adegan ditunjukkan mereka sebagai cara menyambut lebaran bersama orang tersayang. Tapi lain pula yang dilakukan oleh keluarga ini kerana mereka memilih untuk beraksi ala-ala photoshoot GlamBOT.

BACA: Niat Nak Raya Dekat Mall, Tak Sangka Terciduk Bila Kena Terjah Dengan Media

Sudah terkenal dalam kalangan artis antarabangsa…

Bagi yang tidak tahu, GlamBOT sememangnya terkenal dalam kalangan artis Hollywood. Mereka akan posing dengan gaya menarik sendiri sebelum gambarnya ditangkap oleh sebuah kamera bergerak. Dek kerana ia merupakan kamera berdefinisi tinggi, ia benar-benar tertumpu pada riak wajah serta busana yang sedang digayakan.  Apabila ditambah dengan suntingan lagu latar, video slow motion itu kelihatan gembak sekali.


View this post on Instagram

ARIANA GRANDE!!! My new BFF LOL. She was literally the sweetest! You can tell just in her attitude and her demeanor she ain’t faking the kindness!! Was I nervous? HECK NO. Just watch me stumble over my words, haha. I love how she asked my name, after that I mean I knew it was #BESTIESFORLIFE so at that point I knew it was cool to ask for a selfie. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ But seriously, how amazing is she and this GlamBOT! This is the kind of dress the red carpet deserves! 😂🤖🎥 ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ I tried to cut this in under a minute to keep it on my feed, but there was too much goodness so trying a #GlamBOTBTS out as an IGTV. Is this good? Or nah? Yeah you gotta tilt your phone! Sorry! Anyways, so stoked on this one. Thank you for watching! TELL ME WHAT YOUR FAV PART IS BELOW CAUSE IM TOO STOKED!!! @arianagrande ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ For more GlamBOTS follow: @colewalliser #arianagrand #grammys #Ariana #besties @enews @eentertainment

A post shared by Cole Walliser (@colewalliser) on

Buat video raya dengan family…hasilnya wow

Itulah yang dibuat oleh keluarga ini ketika menyambut Aidilfitri di rumah. Menerusi perkongsian di Twitter bernama Syafiy Izady, mereka kelihatan melakukan aksi yang berbeza dengan gerakan perlahan di dalam video tersebut.

Baling duit raya paling win…kalau tak mahu bagilah sini

Siapa sangka, posting tersebut telah mendapat lebih 16 ribu retweets setakat ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan idea kreatif mereka menyambut lebaran pada musim PKPB ini. Tidak berhenti setakat itu, gadis yang melemparkan duit raya turut mendapat perhatian kerana dikatakan sangat menyerlah di dalam rakaman tersebut.

Persis GlamBOT Hollywood, Satu Family Viral Buat Video Slowmo Raya Tergempak Persis GlamBOT Hollywood, Satu Family Viral Buat Video Slowmo Raya Tergempak Persis GlamBOT Hollywood, Satu Family Viral Buat Video Slowmo Raya Tergempak


Sumber: Twitter Syafiy Izady, Instagram Cole Walliser


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!