Inspirasi Cinta Viral

Pertama Kali Nampak Bakal Isteri, Pemuda Asyik Tersengih Curi-Curi Pandang

Pertama Kali Nampak Bakal Isteri, Pemuda Asyik Tersengih Curi-Curi Pandang

Keluar ‘dating‘ bagi kebanyakan pasangan bercinta pada masa ini menjadi satu perkara biasa sampai ada yang terlupa batas pergaulan. Namun bila sebut sahaja tentang hal perkahwinan, masing-masingnya berikan jawapan “belum ready” atau “belum sampai seru”. Pun begitu, berbeza pula dengan kisah percintaan di bawah ini.


BACA: Diam-Diam Bayar Balik Duit Teman Lelaki Masa Dating, Sikap Wanita Ini Dipuji

Abang I first time jumpa bakal isteri, sebelum ni tak pernah jumpa langsung…Nampak nervous dia

Seorang gadis memuat naik sebuah video menunjukkan gelagat abangnya yang kelihatan tidak senang duduk di rumah bakal isteri. Oleh kerana tidak pernah bersemuka sebelum ini, perasaan nervous jelas terpampang pada muka lelaki berkenaan.


@bb.eddy

#fyp

♬ original sound – Bibi Eddy – Bibi Eddy

Dua-dua first time jumpa…Siap datang dengan family

Apa yang menarik perhatian warganet, lelaki tersebut mengajak satu family datang ke rumah bakal ibu mentua walaupun baru pertama kali sampai di situ. Pada ketika orang tua kedua-dua belah pihak sibuk berbual, abangnya dan wanita bertudung merah itu sempat curi-curi pandang sehingga kedua-duanya asyik tersengih.


@bb.eddy

Dua dua malu first time jumpa 🤣 #fyp

♬ Marry Your Daughter – Brian McKnight Jr.

Tiap kali ulang, mesti tersengih sendiri…Yang perempuan tu macam Uqasha Senrose

Sejak dikongsikan semalam, viedo tersebut meraih hampir 900 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut tersengih melihat gelagat pasangan berkenaan. Mereka juga sempat berseloroh wajah gadis itu persis pelakon Uqasha Senrose.

Pertama Kali Nampak Bakal Isteri, Pemuda Asyik Tersengih Curi-Curi Pandang

Pertama Kali Nampak Bakal Isteri, Pemuda Asyik Tersengih Curi-Curi Pandang

Pertama Kali Nampak Bakal Isteri, Pemuda Asyik Tersengih Curi-Curi Pandang

Pertama Kali Nampak Bakal Isteri, Pemuda Asyik Tersengih Curi-Curi Pandang

Sumber: TikTok BiBi Eddy 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pertama Kali Nampak Bakal Isteri, Pemuda Asyik Tersengih Curi-Curi Pandang

Facebook

Telegram