‘Pertubuhan’ Jadi ‘Persetubuhan’, Stacy Tersasul Teruk Ketika Membaca Berita!

Setelah mendirikan rumah tangga bersama Akim Ahmad sekitar 2016 lalu, Stacy Anam kelihatan bergerak perlahan dalam industri hiburan Malaysia kerana lebih memberikan perhatian untuk keluarganya. Namun nampaknya, Stacy bakal muncul dalam sebuah segmen Komuniti Awani sebagai pembaca berita. Di Instagram penyanyi ini, dia ada memuat naik video sedang menjalani rakaman tersebut. Namun keletahnya membaca berita telah membuat ramai terhibur.

Baca : [VIDEO] Tersasul Ketika Baca Berita, Netizen Terhibur Dengan DS Siti Nurhaliza!

Bukan senang nak baca berita…

Video yang dikongsikan itu telah mendapat lebih 300,000 tontonan. Ketika itu, Stacy sedang gigih membaca skrip berita dengan lancar dan intonasi yang digunakan juga agak sedap. Akan tetapi, suasana set berita tersebut bertukar kecoh apabila Stacy tersasul menyebut perkataan yang mengejutkan.

Daripada ‘pertubuhan’ jadi ‘persetubuhan’…

Bukan sahaja Stacy yang tidak tahan dengan kesalahan yang dibuatnya, malahan semua kru juga terbahak-bahak dengan situasi tersebut.

Netizen juga tidak ketinggalan merasa lucu dengan gelagat tersasul Stacy.

Persetubuhan pun boleh…Lawak gila

Ini sebab tiada Bismillah…

Aduhai la Stacy…Nasib baik bukan live

Sumber : Instagram Stacy Anam

Apa Komen Anda?