Pesanan Terakhir Buat Si Anak, Ibu Bapa ‘Pergi’ Bersama Kembar Dalam Kandungan

Semalam negara dikejutkan dengan satu kecelakaan jalan raya yang telah mengorbankan sepasang suami isteri. Kedua-dua mereka dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja apabila motosikal yang ditunggangi telah merempuh belakang sebuah lori. Kejadian malang itu bertambah hiba apabila mengetahui suami isteri terbabit telah tinggalkan seorang anak lelaki yang berusia kurang 2 tahun dalam jagaan pengasuh. 

BACA: Papa Campak Aku Keluar- Wanita Imbas Insiden Kehilangan Keluarga Sekelip Mata

Kalau mama balik malam, tidur dengan acik dulu ye

Menerusi satu posting Facebook dari rakan sekerja si suami, Zaiwana Ngojar, sebelum kejadian si ibu sempat menitipkan pesanan terakhir kepada anak yang tercinta untuk tidur bersama pengasuh jika dirinya pulang kerja lambat. Kata-kata tersebut nyata meruntun jiwa yang mendengar, tambahan lagi dengan usia kanak-kanak itu yang masih belum sempat mengerti apa-apa. Dalam sekelip mata, insan kecil itu bertukar menjadi yatim piatu.  

Adik beradik yang lain temui buku merah jambu dalam beg tangannya

Lagi menyedihkan, ibu kepada anak kecil itu sedang mengandung anak kembar dan ia hanya diketahui selepas proses ‘post mortem’ dijalankan. Menerusi laporan Berita Harian, keluarganya tidak diberitahu tentang kehamilan tersebut oleh wanita itu mungkin kerana masih di peringkat awal. 

Asyik panggil ‘abi…abi..’

Kedua suami isteri terbabit telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Rekang Hilir, Bachok, Kelantan. Satu-satunya anak mereka, Muhammad Arfan Rizqi akan dijaga oleh datuk dan neneknya di kampung. Sewaktu upacara pengebumian diadakan, suasana bertukar hiba apabila mendengar anak kecil itu memanggil bapanya yang sudah tiada. 

 

Sumber: Facebook Berita Harian, Nuraz Shamsuddin, Zaiwana Ngojar

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?