Viral rancangan tv

Peserta Terlalu ‘Sumbat’ Unsur Sedih Di Rancangan Komedi, Juri MLS Akui Cringe

Peserta Terlalu ‘Sumbat’ Unsur Sedih Di Rancangan Komedi, Juri MLS Akui Cringe

Abioso yang merupakan gabungan peserta Indonesia-Malaysia menjadi kumpulan ketiga yang tersingkir daripada ‘Muzikal Lawak Superstar’ (MLS) malam tadi. Meskipun menunjukkan peningkatan positif pada minggu lalu hingga dipuji juri, namun perjuangan mereka nampaknya cuma bertahan seketika sahaja.

BACA : Setan Korang Ni Fad Tiru Gaya Najib Ali, Datuk Awie Ketawa Keluar Air Mata

Minggu ini kita ada cerita yang sama…Jadi kita harus merubah cerita

Menerusi temubual bersama pihak wartawan, mereka mendedahkan berlaku cabaran tidak diduga dalam persediaan persembahan untuk minggu ini. Ini termasuklah penukaran jalan cerita di saat-saat akhir kerana tersama dengan kumpulan lain. Walau bagaimanapun, Puspa Gomen, Sarip dan Amin menerima rezeki mereka sampai di situ sahaja selain akan sibuk dengan kerja-kerja lain selepas ini.

Mereka seakan teraba-raba…Seolah macam tidak begitu bersedia (minit 1:27)

Mengulas lanjut tentang persembahan itu, Datuk Awie menyifatkan Abioso agak lost sehingga persembahan mereka jadi meleweh-leweh (draggy). Siti Saleha pula akui sedikit kecewa kerana dia awalnya yakin kumpulan ini mempunyai potensi besar. Dalam pada itu, para juri menegaskan semula jumlah markah yang diberikan adalah bergantung kepada prestasi semasa peserta. 50% mata lagi ditentukan oleh undian awam dan bukannya dinilai menerusi tahap populariti sesiapa.

Saya kecewa tengok ada kumpulan pelawak kurang menyengat…Tak buat homework ke? (minit 4.30)

Bagi Najib Ali sendiri yang mengikuti perkembangan industri komedi Malaysia, umumnya dia sedikit terkilan dengan segelintir pelawak yang tidak memanfaatkan banyak pendedahan sedia ada. Ini termasuklah melalui pelbagai rancangan lawak yang sudah disiarkan di TV selama bertahun-tahun. Dari situ, seharusnya  ada sedikit input yang boleh diambil oleh mereka khususnya dalam mengenal pasti citarasa penonton. Berbalik kepada pemilihan content pula, juri berkata unsur sedih tidak seharusnya dimainkan secara berlebihan kerana MLS pada dasarnya merupakan pertandingan lawak. Mengerti peserta mungkin mahu menyelitkan mesej, namun Siti Saleha pula merasakan wujudnya rasa cringe apabila ia kurang menjadi.

Peserta Terlalu ‘Sumbat’ Unsur Sedih Di Rancangan Komedi, Juri MLS Akui Cringe

Kredit : YouTube Budiey Channel

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Peserta Terlalu ‘Sumbat’ Unsur Sedih Di Rancangan Komedi, Juri MLS Akui Cringe

Facebook

Telegram

Kasut