Petua Hamil Guna Kelapa Bakar Ditolak, Ustaz Ini Bidas Semula Kenyataan Doktor!

Baru-baru ini, seorang ustaz bernama Mujahidin Al Banjari telah berkongsikan petua kehamilan di media sosial menggunakan khasiat kelapa bakar. Perkongsian itu mendapat reaksi positif apabila ramai netizen tertarik untuk mencubanya sebagai salah satu usaha mendapatkan zuriat. Namun seorang doktor yang lantang pula tampil membuat bantahan kononnya petua kelapa bakar tersebut seperti tidak masuk akal untuk dipraktikkan. 

Baca : Ubat Gigi Boleh Kecutkan Jerawat? Gadis Ini Kongsi Pengalaman Yang Sebaliknya!

Berikut merupakan petua kelapa bakar yang sedang viral. Kata Ustaz Mujahidin, ramai yang sudah mencuba dan hasilnya juga agak memuaskan.

Yang ikhtiar hamil, saya akan ajarkan cara kelapa bakar ini

Berikut adalah ramuan dan cara membuat minuman kelapa bakar :

Dek kerana tidak bersetuju dengan petua tersebut, ‘doktor lantang’ itu mula membuat kenyataan di Facebooknya. Katanya, masalah sukar hamil ini harus dirujuk kepada orang yang mempunyai kepakaran saja.

Mana mungkin dengan 1 ramuan, semua selesai…Tak logik

Ustaz adalah ahli bidang agama…Kita kena hormat sempadan ilmu

Bukan itu sahaja, doktor ini juga mendakwa ramai pengamal rawatan alternatif yang mengambil kesempatan ke atas kerterdesakan orang lain.

Kita kena la berpijak di bumi nyata

Di akhir pendapatnya, beliau juga sempat berpesan agar orang ramai tidak terpedaya dengan rawatan sedemikian rupa.

Kita takde mukjizat…Testimoni bukan rawatan berkesan

Terpanggil dengan sindiran yang diberikan, Ustaz Mujahidin tampil bagi mempertahankan dirinya. Nampaknya, beliau sudah disekat awal-awal oleh doktor tersebut.

Dalam rawatan, saya tak janjikan bulan bintang

Dalam kenyataan balasnya, Ustaz Mujahidin menegaskan lagi bahawa beliau sendiri tidak pernah menolak pendapat daripada kalangan doktor. Bahkan ilmu yang dimilikinya juga bukan terpakai untuk mengaut untung semata-mata.

Saya gunakan ilmu Allah dengan niat membantu…

Doktor pernah ke rawat gangguan makhluk halus?

Sumber : Facebook Pusat Perubatan Al-Mujahidin

Apa Komen Anda?