Semalam, kita semua telah dikejutkan dengan berita penemuan serpihan tulang lama di Gua Kandu, Perak ketika sekumpulan penduduk kampung dalam misi pencarian Acap. Difahamkan serpihan tulang yang berukuran lebih kurang enam ke lapan inci itu adalah menyerupai tulang betis manusia, namun masih belum disahkan sama ada tulang itu adalah sebenarnya milik manusia atau pun tidak.
BACA: “Tak Mungkinlah Tu Tulang Acap.. Tak Sampai Sebulan Dia Hilang”
Terkini, pihak Jabatan Forensik H0spital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah mengesahkan bahawa serpihan tulang tersebut adalah sah milik manusia.
Menurut laporan Metro baru-baru ini, kenyataan itu dikeluarkan selepas pihak Forensik selesai membuat bed@h siasat. Tambah pihak mereka, tulang yang dijumpai itu seakan-akan tulang lama namun baru dijumpai sekarang.
Serpihan itu dihantar ke Jabatan Kimia bagi padanan DNA
Keputusan ujian DNA mungkin mengambil masa sebulan hingga dua bulan
Dah ambil spesimen dar@h ahli keluarga Acap
Difahamkan tujuan utama DNA tersebut diambil adalah untuk membuktikan sama ada penemuan tulang itu ada kaitan dengan kehilangan Acap atau pun tidak.
Sumber: Metro
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
