Hiburan Isu Semasa

Bila Ramai Pelawak Jadi DJ, Content Radio Tempatan Semakin Banyak ‘Merepek’

Bila Ramai Pelawak Jadi DJ, Content Radio Tempatan Semakin Banyak ‘Merepek’

Sharing is caring!

Sejak akhir-akhir ini, makin ramai pelawak di Malaysia yang diangkat menjadi juruhebah di kebanyakan stesen radio tempatan. Meskipun elemen kelakar boleh menghiburkan masyarakat tapi tak dinafikan juga ia perlu diselangi contents yang bermanfaat. Sehubungan itu, isu ini sentiasa diperdebatkan oleh segelintir pendengar yang kurang senang dengan trend tersebut.


BACA: Populariti Memang Ikut Jumlah Followers, Inilah Hakikat Industri Seni Sekarang

Masyarakat nak dengar perkara yang menghiburkan…Karakter¬† istimewa lebih mudah diingati

Menerusi portal Berita Harian, bekas penyampai radio terkenal iaitu Salih Yaakob tidak menafikan bahawa rata-rata masyarakat sememangnya ingin mendengar perkara yang menarik dan menghiburkan. Walau bagaimanapun, setiap DJ perlu bijak menghidupkan suasana berikut sekali gus jadi setiap pemilik suara jadi lebih senang untuk dikenali. Begitulah trademark atau formula ‘Abang Jem’ yang pernah dijayakannya suatu ketika dahulu. Bila Ramai Pelawak Jadi DJ, Content Radio Tempatan Semakin Banyak ‘Merepek’


Bila Ramai Pelawak Jadi DJ, Content Radio Tempatan Semakin Banyak ‘Merepek’

Bila Ramai Pelawak Jadi DJ, Content Radio Tempatan Semakin Banyak ‘Merepek’
Gambar sekadar hiasan

Penyampai radio perlu ada ilmu & sentiasa peka terhadap isu semasa…berlawak pun mesti ada mesej

Selain itu, pelakon berusia 59 tahun ini menyatakan setiap juruhebah perlu memiliki ilmu dan sentiasa mengambil tahu perkembangan isu semasa. Hal ini kerana, mereka boleh menggunakan maklumat tersebut sebagai pengisian yang akan disampaikan kepada para pendengar. Di samping itu, artis veteren ini turut menyatakan bahawa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan contoh sesuai yang sering menyampaikan mesej bermakna di sebalik setiap komedi.


Bila Ramai Pelawak Jadi DJ, Content Radio Tempatan Semakin Banyak ‘Merepek’

 

Bila Ramai Pelawak Jadi DJ, Content Radio Tempatan Semakin Banyak ‘Merepek’

Sumber: Portal Berita Harian

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!