Hiburan

Pilih Tarikh 11.11.2020, Isteri Datuk Jamal Abdillah Beranak Czer Seminggu Awal

Pilih Tarikh 11.11.2020, Isteri Datuk Jamal Abdillah Beranak Czer Seminggu Awal

Sharing is caring!

Siapa saja yang tak kenal dengan gerangan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah? Penyanyi ikonik Melayu ini begitu terkenal menerusi lagu ‘Seroja’ dan juga ‘Ghazal Untuk Rabiah’. Kalau tahun lalu, artis lelaki ini telah menerima kehadiran sulung anak perempuan yang diberi nama Nur Azura Yamani menerusi perkahwinannya bersama Datin Zai Izzati Khairuddin.


BACA: Lepas Beranak Terus Tindik Telinga Bayi, Ibu Usah Selfish Mahu Anak Nampak Cute

Usia 61 tahun timang anak lagi, beri nama timangan Zack

Terbaru menerusi portal Astro Awani, penyanyi berusia 61 tahun itu baru sahaja menimang cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak. Bayi yang diberi nama El Isaac Yamani tersebut dikhabarkan lahir selamat. Selain itu, si kecil berkenaan turut difahamkan menerima nama timangan ‘Zack’ sebagai nama karakter Jamal dalam filem Azura yang pernah dilakonkannya.


Pilih Tarikh 11.11.2020, Isteri Datuk Jamal Abdillah Beranak Czer Seminggu Awal

Nak anak lahir tarikh yang mudah diingat, 11/11/2021

Pada awalnya si isteri dijangka bersalin pada tanggal 17 November nanti, namun mereka bercadang melakukan operation lebih awal kerana berpendapat tarikh 11.11.2020 adalah unik. Jelasnya lagi, anaknya Azura juga mempunyai tarikh lahir yang cantik serta mudah diingati iaitu 10.10.2019. Selain Azura dan juga baby baru yang digelar Zack, Jamal Abdillah turut mempunyai dua orang lagi anak lelaki dikenali sebagai Osama Yamani (18) dan Ahmad Zaki Yamani (13) melalui perkahwinan terdahulu.


Pilih Tarikh 11.11.2020, Isteri Datuk Jamal Abdillah Beranak Czer Seminggu Awal

Pilih Tarikh 11.11.2020, Isteri Datuk Jamal Abdillah Beranak Czer Seminggu Awal

Sumber: Instagram ZaiIzatti & Facebook Astro Awani

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini