Hiburan Viral

Pintu Canggih Buat Hal, Bawang Merah Lempar Kunci Tapi Reaksi Anak Lawak Habis

Pintu Canggih Buat Hal, Bawang Merah Lempar Kunci Tapi Reaksi Anak Lawak Habis

Sharing is caring!

Rata-rata masyarakat Malaysia pasti pernah meminati sinetron ‘Bawang Merah Bawang Putih’ pada suatu masa dahulu kan? Walaupun sudah tidak terlibat dalam pembikinan siri drama yang sangat panjang seperti itu, namun pelakon yang membawa watak sebagai ‘Bawang Merah’ iaitu Nia Ramadhani kini aktif menjadi duta dan bergelar hos rancangan temu bual. Malah dia juga kerap berkongsi foto dan video bersama suami serta anak-anak di ruangan media sosial rasminya.

BACA: [FOTO] Reunion Lepas 15 Tahun, Bawang Merah & Bawang Putih Langsung Tak Berubah

Pintu Canggih Buat Hal, Bawang Merah Lempar Kunci Tapi Reaksi Anak Lawak Habis


Lepas tragedi buah salak…tak dapat buka pintu canggih pula

Jika bulan lepas selebriti berusia 29 tahun berkenaan pernah menjadi bahan tawa ramai gara-gara tidak tahu cara mengupas buah salak, kali ini lain pula kisahnya apabila dia tidak dapat membuka pintu bilik di kediamannya. Menurut sumber, paparan itu dirakam oleh pembantu peribadinya iaitu Theresa Wienathan pada hujung minggu lepas. Difahamkan, Nia kelihatan struggle berusaha membuka pintu tersebut kerana ia telah dilengkapi dengan teknologi canggih yang hanya boleh dibuka menggunakan password tertentu.

Apa sayang? Jangan macam-macam ye.. Dah cuba banyak kali tetap tak boleh buka

Pintu Canggih Buat Hal, Bawang Merah Lempar Kunci Tapi Reaksi Anak Lawak HabisGeram sampai hempas kunci…anak pula bagi cadangan lucu


Setelah beberapa minit percubaan itu dilakukannya sambil mencangkung, Nia Ramadhani akhirnya mengalah dan membebel seketika terhadap sistem keselamatan itu. Malahan, dia turut dilihat membaling kunci ke arah lantai gara-gara berang tidak dapat masuk ke kamar peribadinya. Namun apa yang lebih melucukan, anak lelakinya terus datang sambil menghulurkan gergaji mainan dengan niat membantu ibunya itu. Gelagat spontan itu nyata telah membuatkan rata-rata peminat di Indonesia terhibur dan menjadi tular apabila dikongsi kembali ke YouTube dan laman sosial lain.

Pintu Canggih Buat Hal, Bawang Merah Lempar Kunci Tapi Reaksi Anak Lawak Habis

Sumber: Tribun News, mStar & YouTube khairun nisa


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!