Pisang Berbuah 4 Kali, Ini Dia Sejarah Keruntuhan Rumah Tangga Datuk A. Aida!

Tiada wanita yang enggan rumah tangganya bergolak. Namun jika sudah ketentuan Allah, apakan daya manusia untuk mengubahnya. Itulah perkara yang sesuai menggambarkan rumah tangga bergolak Datuk A. Aida bersama Ariff Aziz. Tidak sampai setahun mendirikan masjid, Ariff akhirnya melepaskan talak kepada penerbit popular tersebut. Sudah pasti ia berita menyedihkan apatah lagi ini adalah perkahwinan kali keempat beliau.

Baca : Kalau Duit Jadi Punca Berpisah, Lebih Baik Takda Duit

Mengimbau semula detik perkahwinan pertama penerbit ini, beliau telah bernikah dengan vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994.

Gara-gara jodoh tidak panjang, mereka telah berpisah sekitar tahun 2003. Walaupun sudah berpisah, mereka berdua tetap menghadapi sedikit konflik dalaman pada ketika itu.

Ameng tuduh Datuk A. Aida tak benarkan jumpa anak…

Dikurniakan 2 anak perempuan, Wan Az Aleesa & Wan Azevanatassha

Selepas berpisah dengan Ameng Spring, Datuk A. Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota p0lis. Namun begitu, keruntuhan rumah tangga keduanya tidak begitu hangat diperkatakan oleh media.

Sekali lagi pada tahun 2007, Datuk A. Aida berkahwin dengan lelaki bernama Suffian Sulaiman yang juga merupakan anggota p0lis.

Mereka turut dikurniakan seorang anak bernama Muhammad Rahul.

Namun begitu, beliau terus diuji dengan konflik rumah rumah tangga sehingga terpaksa mengambil jalan berpisah buat kali ketiga.

Suffian gagal tunai janji untuk bayar nafkah anak…

Suffian mahu ‘lepaskan’ talak 3 tapi dihalang…

Selepas itu, Datuk A. Aida sekan serik mahu berkahwin lagi. Katanya, beliau mahu menumpukan perhatian pada kerjaya dan anak-anak.

Tiada lelaki dalam hidup saya, lebih selesa sendiri (2013)

Meskipun pernah membuat pengakuan bahawa dirinya selesa menjadi janda, 2018 lalu menjadi tahun membahagiakan apabila beliau telah dilamar oleh pelakon Ariff Aziz. Berita perkahwinan ke-4 itu mendapat perhatian ramai dek kerana jejaka tersebut jauh lebih muda berbanding Datuk A. Aida.

Detik sweet Ariff melamar Datuk A. Aida…

Malangnya, Datuk A. Aida telah mengumumkan perpisahannya bersama Ariff pada hari ini. 

Sebelum ini, dia pernah heboh dengan kenyataan akan mengizinkan suaminya berkahwin jika tidak dikurniakan zuriat.

Saya faham dia muda dan mahukan zuriat…

Sumber : Instagram mStar, Portal Gempak, Berita Harian & Beautiful Nara

Apa Komen Anda?