Inspirasi Isu Semasa

Tidak Pernah Mengemis, Lelaki Tua OKU Cari Rezeki Dengan Cari Tin

Tidak Pernah Mengemis, Lelaki Tua OKU Cari Rezeki Dengan Cari Tin

Sharing is caring!

Perintah Kawalan Pergerakan PKP) telah memasuki fasa kedua sejak semalam. Dek kerana itu, rakyat Malaysia dilihat semakin resah kerana terpaksa menghentikan segala aktiviti luar termasuk bekerja. Namun tatkala ramai mengeluh mengenangkan sumber pendapatan mereka yang terjejas sepanjang tempoh PKP, nasib seorang lelaki tua ini juga meruntun jiwa kita semua.

BACA : Ramai Datang Minta Bantuan, Man Raja Lawak Mahu Gadai Kereta & Motor Pula


Tidak Pernah Mengemis, Lelaki Tua OKU Cari Rezeki Dengan Cari Tin

Tidak pernah mengemis untuk terus hidup

Menurut laman Facebook Mohd Hasraf, lelaki tua yang dikenali sebagai Ismail itu bekerja sebagai pemungut tin untuk menjana sumber pendapatan keluarganya. Walaupun dia dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), tetapi tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak apa lagi lagi mengemis. Selain itu, isterinya juga tidak mampu membantu Ismail mencari rezeki kerana mempunyai masalah kesihatan malah sering ditipu ketika bekerja. Lebih sedih lagi, kini dia sekeluarga hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk meneruskan hidup ekoran tidak dapat menjual hasil carian tin sepanjang tempoh PKP.

Tidak Pernah Mengemis, Lelaki Tua OKU Cari Rezeki Dengan Cari Tin Tidak Pernah Mengemis, Lelaki Tua OKU Cari Rezeki Dengan Cari Tin

IC dan kad bank kena curi

Menurut Ismail, kedua-dua anaknya kini tinggal bersama moyangnya. Jelasnya, dia dan isteri terpaksa tinggal di pondok usang tersebut kerana perlu menjaga tin-tin hasil cariannya daripada dicuri. Lelaki tua itu juga mendakwa segala dokumen bank dan kad pengenalannya (IC) turut dikebas oleh pihak tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, sepanjang tempoh PKP tersebut dia tidak dapat membuat IC baru kerana kebanyakan premis kerajaan tutup.


Sumber :  Facebook Mohd Hasraf Mohd Yazid

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tidak Pernah Mengemis, Lelaki Tua OKU Cari Rezeki Dengan Cari Tin

Sharing is caring!