“Praktis Pakai Kapan Ke?” – Dah Macam ‘The Nun’, Fesyen Neelofa Dikritik Lagi

Neelofa dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Seperti selalu, fesyen pemakaiannya sering menerima kecaman netizen kerana tidak melambangkan imej seorang musIimah memandangkan dia juga sudah bergelar seorang ‘hajah’. Walaupun sering dikritik, namun Neelofa seperti tidak mengambil pusing sebarang kata-kata negatif sebaliknya terus yakin memajukan diri dalam industri perniagaan dan permodelan hingga ke peringkat global. 

BACA: “Berlagak Diva, Takde Adab..” – Penaja MeleTOP Kesal Diperlekeh Oleh Neelofa

Baru-baru ini, fesyen yang diperagakan semasa menjalani penggambaran bagi majalah EH! sekali lagi mengundang teguran dan kritikan ramai netizen. 

Walaupun fesyen tersebut disifatkan sebagai satu seni unik, namun netizen berpendapat yang ianya tidak sesuai diperagakan oleh seorang wanita bertudung seperti Neelofa. 

Gambar ni berseni tapi yang pakai kena fikir dulu

Sepelik2 seni fesyen, leher tetap aurat 

Praktis pakai kapan ke 

Netizen memohon pihak majalah EH! supaya lebih peka dengan isu ini bagi tidak menimbulkan sebarang sensasi. 

Mohon tak ulang kesilapan begini

Ramai juga yang menyamakan fesyen dipakai Neelofa itu seperti hantu dalam filem The Nun. 

Macam koleksi hantu

The Nun versi orang Malaysia

Nampak macam rahib sekali pandang

Sumber: IG ehmalaysia

Apa Komen Anda?