Prestasi Luar Biasa, Netizen Setuju Safawi Rasid Lebih Sesuai Main Kelab Luar

Walaupun sudah dua hari berlalu, namun bahang kemenangan Harimau Malaya ketika berentap dengan pasukan Indonesia bagi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2020 dan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari masih terasa. Dek penangan jaringan gol yang mantap, pemain yang paling menyerlah pada malam tersebut dan turut menyumbang kepada kemenangan iaitu Safawi Rasid menjadi sebutan ramai.

BACA: Pulun Apo, Ni Piala Malaysia & Viral Kompilasi Sayu Peminat Cilik Lang Merah

Asia bukan tempat dia, lagi-lagi Malaysia

Advertisement

Melihat kepada corak permainan Safawi Rasid menerusi perlawanan berkenaan, netizen bersetuju pemain muda berusia 22 tahun itu mempunyai peluang yang lebih cerah jika bermain dengan kelab bola sepak terkenal luar negara. Bukan sekali dua prestasinya dipuji malah para peminat bola sepak tanah air tak henti-henti memuji rembatan cantik sepanjang musim tahun ini. 

Advertisement

Gol Safawi kerap tular di media sosial

Bukan sahaja itu, netizen turut dilihat membuat perbandingan aksi yang telah dilakukan lelaki itu dengan pemain bola sepak Liverpool iaitu Mohamed Salah. Corak permainan mereka seakan-akan setanding dan keduanya merupakan pemain yang hebat bagi pasukan sendiri. Pemuda berkenaan pernah tular sebelum ini sewaktu perlawanan JDT menentang Shandong Luneng (kelab bola sepak China) selepas menjaringkan gol dalam jarak yang agak jauh di sudut tiang gol. 

Advertisement

Nak Malaysia power memang pemain kita kena main luar.

Rata-rata netizen memberi cadangan supaya pemain tersebut mengembangkan karier yang diminatinya itu dengan bermain di tahap liga yang lebih tinggi seperti Jepun dan juga Korea sebagai permulaan. Corak permainan yang sering dipamerkan oleh pemain muda tersebut tidak seharunya disia-siakan begitu sahaja tapi perlu digilap supaya dapat menjadi pemain harapan negara suatu hari nanti. 

Advertisement

Sumber: Twitter Rimau X1

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?