Viral

Promoter Pandang Atas Bawah, Gadis Terkilan Dilayan Teruk Cuma Pakai Selipar

Promoter Pandang Atas Bawah, Gadis Terkilan Dilayan Teruk Cuma Pakai Selipar

Sudah menjadi lumrah alam, yang miskin ditindas dan yang kaya disanjung. Pernahkah anda mengalami pengalaman ‘tidak dilayan’ apabila masuk ke butik mewah? Mendapat perhatian ramai baru-baru ini, sebuah video luahan terkilan seorang gadis bernama Wahida apabila dirinya turut mengalami hal yang sama ketika berkunjung ke sebuah butik jenama.

BACA : Kereta Mewah Rosak ‘Dikerjakan’ Isteri, Tapi Suami Relax Langsung Tak Marah

Aku pakai selipar pun dipandang sinis

Menurutnya, mungkin berpakaian agak simple serta berselipar membuatkan promoter di situ melayannya seperti individu tidak berkemampuan. Menerusi klip video berdurasi kurang daripada seminit itu, Wahida menjelaskan sebaik sahaja dia dan rakannya melangkah masuk, salah seorang staf butik berkenaan memandang atas bawah dan memberi senyuman sinis ke arah mereka.

Promoter Pandang Atas Bawah, Gadis Terkilan Dilayan Teruk Cuma Pakai Selipar

Awak hanya pekerja bukan pemilik..

Dalam pada itu, dia juga sempat memberi teguran kepada individu terbabit untuk tidak membangga diri dan memandang rendah terhadap orang lain. Kongsi gadis itu lagi, ketika dia sedang memilih kasut yang agak mahal dan berkualiti, promoter berkenaan tidak putus-putus mendesaknya agar membeli barangan yang jauh lebih murah kerana bimbang dirinya tidak berkemampuan.

View this post on Instagram

Jangan menilai seseorang hanya dari rupa fizikal. Please hormat semua orang tak kira rupa paras, bangsa & agama. Korang pernah kena juga ke? Meh lah share. Wawa baca semua comment 😊 . Can you imagine? Kita tengah sibuk pilih2 kasut di dalam kedai (Lebih mahal tapi berkualiti), tapi dia sibuk suruh kita pilih kasut yang lebih murah di luar kedainya. Apa maksud you as staf? Nak menghina kami secara halus hanya kerana penampilan kami macam orang nak pergi pasar malam? . Dia sebagai staf sepatutnya… Apabila nampak customer berkenan dengan suatu barang tu, layan lah customer tu sampai jadi beli. Ini tidak…. Awal awal dia dah suruh kita pilih kasut di luar kedai kerana harga murah. What? . Yang lebih geram, dia terus panggil staf lain untuk melayan kami SI SELEKEH ini. Allahu, hina sangat ke kami yang berpakaian simple dan biasa ini? . Btw yang buat wawa mcmtu is STAF PEREMPUAN. Staf perempuan tu malas layan kami and pass kami kepada staf lelaki. Staf lelaki tu memang baik. Thank you so much yaa 🙂 . Pesanan untuk semua : Yang berpakaian buruk tak semestinya miskin. Yang berpakaian cantik & bergaya belum tentu kaya. Respect each other 💗

A post shared by Ai Wahida (@aiwahida) on

Setuju, kami pun selalu juga kena macam ni

Bagaimanapun, perkongsian klip video turut menjadi tular di Twitter selepas dikongsi oleh salah seorang rakannya iaitu Anisa sehingga mendapat hampir 100 ribu tontonan. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama dilayan seolah-olah mereka tidak berkemampuan membeli barangan berjenama.

Promoter Pandang Atas Bawah, Gadis Terkilan Dilayan Teruk Cuma Pakai Selipar Promoter Pandang Atas Bawah, Gadis Terkilan Dilayan Teruk Cuma Pakai SeliparPromoter Pandang Atas Bawah, Gadis Terkilan Dilayan Teruk Cuma Pakai Selipar

Sumber : Twitter anissashimi, Instagram aiwahida

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Promoter Pandang Atas Bawah, Gadis Terkilan Dilayan Teruk Cuma Pakai Selipar

Facebook

Telegram