PU Azman Ulas Hukum Suami Minum Susu Isteri – “Tapi Jangan Salah Faham Ye..”

Meskipun kedengaran agak lucu, namun isu golongan suami minum susu isteri sama ada sengaja atau tidak sering menjadi persoalan besar dalam rumah tangga. Hal ini kerana semua sedia maklum bahawa mana-mana bayi yang menerima susu badan, akan serta merta menjadi mahram yang sah kepada wanita tersebut dan haram untuk berkahwin sama sekali. Namun apakah hukum sebenar jika susu tersebut diminum oleh partner seseorang isteri itu sendiri?

BACA: “Wuduknya Tetap Sah” – PU Azman Huraikan Kenapa Ada Orang Islam Tak Buang Tatoo

Gambar sekadar hiasan

“Cik Man…boleh ke suami minum susu isteri?”

Hakikatnya, Islam merupakan agama yang lengkap dan mempunyai penjelasan untuk setiap aspek kehidupan termasuklah soal urusan dalam ‘bilik tidur’ suami isteri. Terpanggil mengulas persoalan itu, pendakwah selebriti PU Azman memaklumkan bahawa hukum perbuatan tersebut adalah makruh. Hal ini kerana bayi berhak atas susu tersebut memandangkan ianya adalah sumber nutrien utama yang dikhususkan buat mereka.

Gambar sekadar hiasan

Boleh kalau guna untuk rawatan…tapi jangan salah faham ye

Manakala status mahram pula tidak akan dipengaruhi, memandangkan usia para suami tidak lagi memenuhi syarat menjadi anak susuan. Pun begitu, pemegang watak Tuan Fadil dalam drama ‘Sweet Dreams’ ini turut memaklumkan bahawa susu tersebut hanya dibenarkan untuk diminum bagi tujuan perubatan tertentu. Dan seperti biasa, PU Azman sempat berseloroh mengenai situasi yang dibahaskan dalam setiap perkongsian di Instagram miliknya.

Sumber: IG pu_azman

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?