Isu Semasa

Pulang Ke Kampung Boleh Dianggap Berdosa Jika Turut Menyebarkan Virus

Pulang Ke Kampung Boleh Dianggap Berdosa Jika Turut Menyebarkan Virus

Sharing is caring!

Sejak perintah pengosongan premis kerajaan dan swasta untuk tempoh dua minggu dikeluarkan kelmarin, ramai pihak telah mengambil keputusan terburu-buru keluar daripada kediaman ke lokasi yang dikatakan lebih selamat. Rata-ratanya merupakan penduduk di kawasan bandar, serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang pulang ke kampung sehingga menyebabkan kesesakan.

BACA: [VIDEO] Pelawat Tetap Berdegil, Ceramah Pak Guard Ini Bagi Memang Win Habis


Pulang Ke Kampung Boleh Dianggap Berdosa Jika Turut Menyebarkan Virus
Gambar sekadar hiasan

Haram jika boleh mendatangkan mudarat

Memetik daripada Portal BH Online, tindakan drastik masyarakat yang pulang ke kampung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh menjadi haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Pensyarah Fiqh Fatwa Semasa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dalam satu temu bual bersama portal terbabit.

Pulang Ke Kampung Boleh Dianggap Berdosa Jika Turut Menyebarkan Virus Pulang Ke Kampung Boleh Dianggap Berdosa Jika Turut Menyebarkan Virus

Konsep yang sama dengan saranan solat Jumaat

Kerajaan juga telah bersungguh-sungguh mengatur langkah bagi mengekang penularan wabak ini termasuklah dengan saranan supaya solat Jumaat tidak diteruskan dalam masa terdekat. Maka, hukum ingkar arahan kerajaan dan pihak berkuasa itu boleh dijatuhkan sebagai haram menurut agama kerana ia sudah jelas dituntut sebelumnya.


Pulang Ke Kampung Boleh Dianggap Berdosa Jika Turut Menyebarkan Virus

Ambil iktibar..fikirkan perkara positif

Malah dia juga tidak menafikan bahawa agak sukar bagi mereka yang selalu sibuk untuk membiasakan diri dalam tempoh ini. Oleh itu, pensyarah ini turut menasihati semua pihak supaya melihat arahan tersebut pada sudut pandang positif seperti bermunajat bagi memohon perlindungan daripada-Nya serta melakukan perkara yang berfaedah bersama keluarga.

Pulang Ke Kampung Boleh Dianggap Berdosa Jika Turut Menyebarkan Virus

Pulang Ke Kampung Boleh Dianggap Berdosa Jika Turut Menyebarkan Virus
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Portal BH Online


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pulang Ke Kampung Boleh Dianggap Berdosa Jika Turut Menyebarkan Virus

Sharing is caring!