“Puluh Ribu Bukan Sikit”- Ibu Kandung Buka Cerita Kena Bayar Balik Kos Jaga Yom

Selepas Yom diambil semula oleh ibu kandungnya atau kini dikenali sebagai Luth Ali, netizen begitu menyelar sikap wanita itu di media sosial. Kini setelah 4 bulan bersama ibu kandung, Luth nampaknya sudah semakin tenang dan ceria menjalani kehidupannya, malah ruangan komen foto anak kecil itu sentiasa dibanjiri dengan kata-kata positif netizen yang semakin terbuka menerima ibu kandungnya. 

BACA: Baru 1 Tahun Dah Ada Passport, Siapakah ‘Auntie’ Yang Selalu Sponsor Yom?

Akaun IG rasmi milik Luth kini dikendalikan oleh ibu kandungnya sendiri untuk berkongsi pada masyarakat perkembangan terkini Luth dari semasa ke semasa.

 

Baru-baru ini, ibu kandung Luth telah membuka sesi ‘soal jawab’ melalui ruangan IG story milik kanak-kanak itu. Pelbagai soalan berkaitan Luth telah diajukan kepadanya. Namun, salah satu soalan ini telah bertanyakan tentang keluarga lama Luth jika pihak mereka ada meminta sebarang bayaran ketika anak itu diambil semula. 

Menurut ibunya, pihak Dato’ Aliff Syukri sememangnya ada meminta bayaran ganti rugi kerana mereka sudah melabur banyak wang untuk Luth dan jumlah yang diminta mencecah puluhan ribu ringgit.

Memang mereka ada minta…puluhan ribu bukan jumlah sikit bagi kami

Akibat tidak mampu membayarnya secara langsung, ibu Luth telah meminta kelonggaran supaya boleh membayarnya secara ansur apabila dia sudah berkerja memandangkan dia juga ada menandatangani surat perjanjian pembayaran balik. 

Selain itu, ada juga netizen yang bertanyakan soalan berkaitan Luth yang melibatkan pihak di sana. 

 

Nampak macam orang senang.. kenapa dulu bagi Luth kat orang

Haritu cakap ambik Luth sebab sedih tengok dia tak happy

Luth dah tak nangis. Apa rahsianya? 

Menurut ibu Luth juga, selepas keinginannya untuk mengambil anak itu gara-gara isu tunjal kepala tidak dipenuhi, tidak lama selepas itu pihak Aliff Syukri pula telah menghubunginya supaya mengambil semula anaknya itu dan membayar ganti rugi. 

Namun, menurut berita yang viral sebelum ini, tiada pula sebarang dakwaan bahawa pihak Aliff Syukri yang meminta supaya Luth diambil semula, sebaliknya ramai maklum keputusan itu dibuat atas dasar keinginan ibu kanak-kanak itu sendiri. 

Sumber: IG Story luthali_alhaq

Apa Komen Anda?