Family Viral

“Pulun Apo, Ni Piala Malaysia” – Viral Kompilasi Sayu Peminat Cilik Lang Merah

“Pulun Apo, Ni Piala Malaysia” – Viral Kompilasi Sayu Peminat Cilik Lang Merah

Sharing is caring!

Meskipun telah memberikan tentangan yang cukup sengit sepanjang 90 minit masa perlawanan, tetapi pasukan bola sepak Kedah akhirnya terpaksa akur apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul johan Piala Malaysia edisi 2019 malam tadi. Kejayaan yang dilakar atas skor 3-0 itu juga merupakan saat manis buat ‘Harimau Selatan’ yang mengesahkan status kejuaraan ‘treble‘ selepas merangkul Piala Sumbangsih serta mendominasi Liga Super 6 musim berturut-turut.

BACA: [VIDEO] Reaksi Anak-Anak Tengok Persembahan Naqiu Boboy Buat Ramai Terhibur

“Pulun Apo, Ni Piala Malaysia” – Viral Kompilasi Sayu Peminat Cilik Lang Merah
Kredit foto: Harian Metro

“Pulun Apo, Ni Piala Malaysia” – Viral Kompilasi Sayu Peminat Cilik Lang Merah

Reaksi sayu beberapa peminat cilik

Adat pertandingan, apabila ada pemenang pasti juga ada pihak yang tertewas. Ternyata detik kekalahan skuad ‘Helang Merah’ bukan sahaja dirasai dalam kalangan peminat dewasa. Bahkan peminat cilik turut mengalirkan air mata sebaik wisel penamat dibunyikan. Berikut adalah antara reaksi yang sempat dirakam di perkarangan stadium mahupun depan kaca TV malam tadi.


“Pulun apo, ni Piala Malaysia…”

Selain wajah terkilan, seorang kanak-kanak lelaki ini menjadi viral apabila sempat memberi ulasan terhadap perlawanan semalam. Walupun sempat dipujuk oleh beberapa ahli keluarga lain, dia bagaimanapun terlalu kecewa dengan prestasi yang ditampilkan oleh pasukan kegemarannya.

Bagus semangat cintakan negeri…sampai menitis air mata


Di samping terhibur dengan kompilasi video terbabit, rata-rata netizen memuji semangat dan menitipkan nasihat berharga buat semua kanak-kanak yang tidak dapat menahan sebak ekoran gawang Kedah dirobek 3 kali. Tidak kurang juga, ada yang turut memberikan pandangan tersendiri tentang keseluruhan final Piala Malaysia 2019.

“Pulun Apo, Ni Piala Malaysia” – Viral Kompilasi Sayu Peminat Cilik Lang Merah

“Pulun Apo, Ni Piala Malaysia” – Viral Kompilasi Sayu Peminat Cilik Lang Merah

“Pulun Apo, Ni Piala Malaysia” – Viral Kompilasi Sayu Peminat Cilik Lang Merah

“Pulun Apo, Ni Piala Malaysia” – Viral Kompilasi Sayu Peminat Cilik Lang Merah

Sumber: FB Skilo Myvi


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!