Pungut Sisa Tulang Untuk Bagi Anjing Jiran Makan, Kisah Uncle Ini Undang Sebak!

Sekarang ini sudah menjadi kebiasaan untuk kita melihat bermacam jenis orang susah datang berkeliaran di kebanyakkan premis makanan. Tapi lain pula kisahnya yang dilalui oleh seorang wanita bernama Erviana Elvy ini sewaktu dia sedang menjamah makanan di sebuah restoran makanan segera di Lido, Sabah. Kelibat seorang lelaki tua yang sibuk mengutip sisa-baki makanan ke dalam plastik yang dibawanya telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dan akhirnya ditegur oleh wanita ini.

BACA: “I Miss You Sayang..” – Sebak! Bercinta 9 Tahun, Tapi Kahwin Cuma 3 Bulan Saja

Menangis tengok sebab terbayang bapa sendiri

Advertisement

Advertisement

Hidap barah tahap 4 dia cakap… dah jalankan ‘kemo’ 45 kali 

Ketika diajak makan bersama, maka lelaki tua itu pun membuka cerita mengenai kisah hidupnya. Dia sebenarnya merupakan seorang penghidap sejenis barah tahap 4 dan sudah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 45 kali. Walaupun sudah masuk 10 tahun dia menghidapnya, namun sel barah itu belum hilang menyebabkan dia tidak mampu untuk bekerja lagi.

Advertisement

Biarlah habiskan sisa hidup tolong orang mana termampu

Berkenaan sisa makanan itu pula, lelaki tua ini memberitahu bahawa dia mahu membantu beri makan kepada anjing peliharaan jirannya sebagai bakti terakhir sementara masih bernafas lagi di dunia ini. Ternyata kisah itu meruntun jiwa Erviana Elvy tatkala mendengarnya. Dia turut memuji sikap mulia yang ada pada diri lelaki ini kerana masih mengutamakan kebajikan orang lain meskipun dirinya berdepan pelbagai ujian di lewat usia.

Advertisement

Sumber: FB ervianaelvy

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?