Isu Semasa

Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19

Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19

Sharing is caring!

Peningkatan jumlah kumulatif positif yang mendadak di negara kita telah menjadikan Malaysia menduduki tempat teratas di Asia Tenggara. Walaupun telah berbagai kempen yang dijalankan oleh pihak berkuasa, namun ia masih tidak memberi impak yang tinggi kepada orang ramai. Sehingga kini, seramai 428 individu dilaporkan dijangkiti COVID-19 di Malaysia.

BACA : Gara-Gara Penularan COVID-19, Vietnam Hasilkan Inovasi Baru Sebagai Pencegahan


Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Purata manusia ada bias optimism

Melalui laman Twitter milik Zamir Mohyedin, dia menjelaskan bias optimism adalah sikap yang merasakan diri mereka ‘kebal’ dari ancaman walaupun telah berkali-kali diberikan amaran. Sebagai contoh orang ramai tetap cuai semasa memandu walaupun mereka tahu statistik nahas di jalan raya adalah tinggi. Begitu juga dengan jangkitan wabak, masyarakat tetap akan optimis mereka bukan punca penularan tersebut itu dan tidak merasakan akan terkena jangkitan virus berkenaan.

Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19

Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Taiwan lebih rendah jumlah positif

Meskipun Taiwan lebih hampir dengan China, tetapi sehingga kini Taiwan hanya mencatatkan 52 individu yang dilaporkan positif COVID-19. Hal ini kerana tindakan pantas pihak berkuasa Taiwan dalam menangani isu tersebut dengan mengharamkan semua kemasukan warga negara republik itu di wilayahnya. Selain itu, kerajaan Taiwan juga tidak membenarkan rakyatnya ke luar negara selain menjual topeng muka dengan harga yang murah. Bagi Zamir, kempen dan nasihat tidak berkesan dan perlu diganti dengan tindakan tegas kepada mereka yang tidak mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 


Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19

Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19
Gambar sekadar hiasan
Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19
Gambar sekadar hiasan
Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Matikan punca, bukan sekadar merawat simptom

Zamir juga memberitahu semua pihak perlu mencari punca mengapa jumlah jangkitan wabak itu naik mendadak di Malaysia. Menurutnya, walaupun KKM telah memberi nasihat untuk tidak menganjurkan sebarang acara perhimpunan namun masih ada yang berdegil melakukannya. Dia turut berharap pihak berkuasa membuat penguatkuasaan segera kerana kempen nasihat dan panduan tidak memberikan impak yang besar kepada orang ramai. 

Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19

Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19
Gambar sekadar hiasan
Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19
Gambar sekadar hiasan
Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Zamir Mohyedin


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Rasa Diri Kebal, Lelaki Ini Dedah Sebab Masyarakat Leka Dengan COVID-19

Sharing is caring!