Hiburan perhubungan Viral

Pura-Pura Letak Gam Gajah, Duda ‘Gila Talak’ Potong Kunci Mangga Rumah Jandanya

Pura-Pura Letak Gam Gajah, Duda ‘Gila Talak’ Potong Kunci Mangga Rumah Jandanya

Semalam, pengguna TikTok Ezan Galus berkongsikan situasi cemas ketika bekas suaminya datang membuat gangguan ketika wanita ini sedang menghabiskan masa dengan seorang lelaki. Duda tersebut juga dikatakan menahan pintu kereta daripada ditutup, menghamburkan kata-kata kemarahan selain cemburu melihat mereka berdua.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Saya takkan terima dia lagi…Semua saya yang uruskan sendiri

Jelas Puan Ezan, sebenarnya hubungan rumah tangga mereka sudah berakhir lebih kurang setahun lamanya. Akan tetapi, nampaknya bekas suami masih belum dapat menerima kenyataan itu. Andai kata mahu berbaik semula sekalipun, wanita ini merasa serik selain enggan memberikan lagi peluang yang sudah banyak kali dipersiakan.

Pura-Pura Letak Gam Gajah, Duda ‘Gila Talak’ Potong Kunci Mangga Rumah Jandanya Pura-Pura Letak Gam Gajah, Duda ‘Gila Talak’ Potong Kunci Mangga Rumah Jandanya

@ezangalus0

aku nak pergi dating😅ko ni sibukla🤣🤣🤣#fyp#viralvideo #gilatalak#akubukanbiniko

♬ original sound – ezan galus 🔥 – ezan galus 🔥

Kenapalah kau asyik kacau aku?…Aku dah penat dengan perangai kau

Disangka cuma sekali, rupanya lelaki itu dikhabarkan telah datang ke kediaman Puan Ezan dan cuba memecah masuk pintu rumah pula. Sambil menggunakan alatan gergaji besi, dia sedaya upaya memotong kunci mangga agar boleh masuk ke dalam. Mengenangkan semua gangguan yang berlaku tanpa henti, wanita ini akui cukup letih melayani ‘kegilaan’ dudanya.

@ezangalus0

pura2 ko letak gam gajah dlm mngga tu😢dan ko try memotong plk🙄padahal nk msuk dlm uma😢#fyp#gilatalak#akubukanbiniko

♬ original sound – ezan galus 🔥 – ezan galus 🔥

Cukuplah, aku dah penat dengan perangai kau…Tolonglah jangan kacau aku lagi

Mahu atau tidak, Puan Ezan terpaksa menghubungi pihak polis agar keselamatannya di rumah dapat dipantau. Terlihat seketika duda gila talak itu seakan-akan bercakap panjang dengan 2 orang anggota sebelum akur pergi dari situ.

@ezangalus0

penat sangat😢#fyp#gilatalak #akubukanbiniko #viralvideo #viral #fypシ゚viral

♬ original sound – ezan galus 🔥 – ezan galus 🔥

Kredit : TikTok ezangalus0

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pura-Pura Letak Gam Gajah, Duda ‘Gila Talak’ Potong Kunci Mangga Rumah Jandanya

Facebook

Telegram