Artis Viral

Kalau ‘Si Dia’ Baik & Minta Izin Jadi Nombor 2, Ini Respon Jujur Puteri Sarah

Kalau ‘Si Dia’ Baik & Minta Izin Jadi Nombor 2, Ini Respon Jujur Puteri Sarah

Rentetan isu saman terhadap pihak ketiga, Puteri Sarah Liyana hari ini telah hadir ke JAIS dan JAWI bagi melaporkan bahawa gangguan dalam rumah tangga sebagai jenayah di mahkamah syariah. Malah dia juga sempat berbincang dengan aktres, Nad Zainal menerusi sesi IG Live siang tadi. Antara intipati perbualan itu adalah rasa kurang senang terhadap ‘perampas’ daripada konteks seorang isteri dan wanita secara umumnya.

BACA : “Dah Ambil Orang Punya, Duduk Diam-Diam Jangan Canang Sana Sini” – Puteri Sarah

Demi jaga aib suami, sebab tu aku bertahan selama 4 tahun…kalau aku ni mulut jahat, dah lama cerita kat kawan-kawan

Ketika perkara ini awal-awal terjadi, Puteri Sarah akui tidak mahu mengambil sebarang tindakan atas pelbagai faktor termasuklah demi menjaga aib suaminya. Namun apabila kemelut yang sama berlarutan panjang, dia tidak lagi mahu berdiam diri sekali gus mempertahankan haknya melalui kuasa undang-undang. Meskipun kedua-dua aktres ini pernah terserempak beberapa kali sepanjang tempoh 4 tahun tersebut, namun sekali pun Puteri Sarah tak pernah bercerita tentang gangguan emosi yang sedang dialaminya.

@ann_ahmad7

4 tahun mmg terseksa. Sya 10 tahun. Tpi diuji dengan cara berbeza. Hingga skrg sya masih diuji. Moga mental kita masih kuat. ❤️ #AnnAhmad #fyp #casablanca #puterisarahliyana

♬ CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Andai katalah plot twist, dia tiba-tiba baik & datang minta izin nak jadi nombor 2…kau maafkan ke tidak?

Nad Zainal turut mengajukan soalan cepumas apakah rakannya itu sudi memaafkan pihak ketiga seandainya tiba-tiba menjadi baik dan minta izin untuk bermadu dengannya. Ujar Puteri Sarah, jika awal-awal lagi individu tersebut lakukan sedemikian, dirinya memang marah tetapi mungkin akan mempertimbangkannya. Namun perkara tersebut tidak berlaku, sebaliknya ibu mentua dan adik-beradik iparnya pula diganggu oleh wanita terbabit.

Faham agama dulu, jangan main cakap je lelaki boleh kahwin 4…kalau nak berpoligami, cari bakal isteri yang baik-baik

Di hujung perbualan mereka, Puteri Sarah juga ingin memperbetulkan stigma orang lelaki terhadap konsep dibenarkan berkahwin dengan 4 isteri pada satu-satu masa. Selain perlu belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi, setiap suami perlulah mencari calon pasangan yang baik sebelum dimadukan dengan isteri pertama.

@ann_ahmad7

Reply to @ikanpatin_68 deep kan apa Sarah cakap. Moga yang terbaik buat Sarah 🤲🏻 #AnnAhmad #fyp #casablanca #puterisarahliyana #fypdongggggggg

♬ CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Kredit : IG nad_zainal & TikTok ann_ahmad7

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kalau ‘Si Dia’ Baik & Minta Izin Jadi Nombor 2, Ini Respon Jujur Puteri Sarah

Facebook

Telegram

herness