Viral

Raih 5A Dalam UPSR, Ramai Tak Tahu Kisah Di Sebalik Kesempitan Hidup Pavithra

Raih 5A Dalam UPSR, Ramai Tak Tahu Kisah Di Sebalik Kesempitan Hidup Pavithra

Sharing is caring!

Di zaman serba canggih dan moden ini, menjana pendapatan melalui YouTube seakan-akan menjadi satu trend di seluruh dunia termasuk negara Malaysia. Tidak dinafikan, ramai individu yang berjaya menempah nama menerusi platform ini sehingga kejayaan mereka telah menjadikan inspirasi kepada orang lain. Sama seperti Youtuber yang namanya baru sahaja meningkat naik iaitu Sugu Pavithra.

BACA : “Belajar Dari Youtube Je”- Adik Kecil Ini Selamba Tunjuk Handal Lipat Tanjak


Menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya..

Terdahulu, kisah Sugu Pavithra yang merupakan keturunan India mencuri tumpuan rakyat Malaysia dengan video-video masakannya. Lebih menarik lagi apabila sepanjang video tersebut wanita berusia 28 tahun ini menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

Raih 5A Dalam UPSR, Ramai Tak Tahu Kisah Di Sebalik Kesempitan Hidup Pavithra

Raih 5A UPSR & berdepan dengan masalah kewangan

Namun di sebalik pencapaian membanggakan itu, ternyata ada kisah yang menyentuh hati mengenai ibu kepada dua anak ini. Menurut Pavithra, ketika remaja dia tidak dapat menghabiskan persekolahan gara-gara berdepan dengan masalah kewangan akibat kesempitan hidup keluarganya. Namun bukan menjadi penghalang untuknya meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).


Raih 5A Dalam UPSR, Ramai Tak Tahu Kisah Di Sebalik Kesempitan Hidup PavithraRaih 5A Dalam UPSR, Ramai Tak Tahu Kisah Di Sebalik Kesempitan Hidup Pavithra

Terpaksa kerja sebab nak bantu keluarga..

Tambah wanita ini lagi, sebaik berhenti sekolah dia membantu bapanya yang merupakan buruh binaan untuk mencari wang dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Bermula dari situ, pertuturannya dalam berbahasa Melayu semakin fasih apabila banyak bergaul dengan kawan-kawan Melayu.

Raih 5A Dalam UPSR, Ramai Tak Tahu Kisah Di Sebalik Kesempitan Hidup Pavithra


Raih 5A Dalam UPSR, Ramai Tak Tahu Kisah Di Sebalik Kesempitan Hidup Pavithra

Sumber : Astro Gempak

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!