Pasangan yang baru menikah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan majlis persandingan setiap kali musim persekolahan tiba mahupun cuti hujung tahun. Sama juga seperti couple ini yang turut mengadakan majlis perkahwinan. Namun siapa sangka hari bahagia mereka malah tular pula di media sosial semalam.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Pengantin istimewa, satu dalam seribu
Menerusi satu perkongsian di TikTok individu bernama Along, manis kelihatan sepasang pengantin mengenakan busana indah berwarna merah sambil tersenyum. Kedua-dua mempelai yang bernama Din dan Wani tersebut telah mengadakan majlis mereka di Pasir Mas, Kelantan. Ternyata, si lelaki adalah merupakan seorang insan istimewa dan mempunyai sedikit kekurangan.
Teruja melayani tetamu
Meskipun itu, tiada apa yang berbeza seperti mana pasangan pengantin yang lain malah majlis tetap berlangsung dengan cukup meriah. Malah jelas pada wajah raja sehari tersebut, terpancar kebahagiaan selepas selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangan. Difahamkan, acara tersebut turut dihadiri ahli keluarga serta sahabat handai yang terdekat.
@alongpm #CapCut #fypシ゚viral #pengantinviral @syafiqazaim #pasirmas
Paras rupa bukan ukuran. Tingginya nilai cinta mereka
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen merasa cukup terharu melihat penyatuan pasangan dua sejoli berkenaan. Dalam pada itu, masing-masing tak ketinggalan memberikan ucapan ‘Selamat Pengantin Baru’ dan mendoakan semoga mereka berdua kekal ke anak cucu.
Kredit: TikTok Alongpm
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
