Raih RM30 Juta Tapi Tak Bayar Bonus? Pelakon Paskal ‘Pakat’ Sindir Di IG

Berada di tangga ketiga meraih kutipan tertinggi selepas filem Munafik 2 dan Hantu Kak Limah 3, kejayaan Paskal dalam industri filem tempatan memang tidak dapat disangkal lagi. Sejak filem ini ditayangkan pada  September tahun lalu, banyak review dan feedback positif diterima kerana penonton menyifatkan jalan cerita dan genre filem ini begitu dekat dengan masyarakat. 

BACA: Konon Promosi Filem, Tapi ‘Baju Banduan’  Wak Doyok Dikritik Tak Masuk Akal!

Namun baru-baru ini, terdengar pula khabar yang kurang enak apabila beberapa pelakon utama filem berkenaan mendakwa kononnya belum menerima bonus meskipun hasil kutipan mencecah sehingga RM30 juta. Betul ke? 

Segalanya bermula apabila pelakon Gambit, Ammar Alfian, Taufiq dan Amerul Affendi saling berbalas komen di ruangan foto yang dikongsikan Jasmine Suraya di Instagram.

Ingatkan semua diam sebab kenyang

Daripada komen-komen itu dapat disimpulkan mereka seolah-olah berharap agar bayaran bonus seperti yang dijanjikan pihak penerbit akan dibayar cepat memandangkan filem itu sudah ditayangkan sejak setahun lalu. 

Kredit foto mStar Online

8 juta kutip takkan tak dapat bonus lagi kot 

Ammar Alfian turut membalas komen yang ditulis Amerul Affendi kononnya janji yang pernah diberikan pihak penerbit hanyalah ‘janji kosong’. Netizen juga nampaknya tidak melepaskan peluang menyertai ruangan komen itu. 

Mana bonus yang dijanjikan? Susulan isu bonus itu, pihak penerbit dan pengarah bagi filem Paskal, Adrian Teh telah memberikan penjelasannya berhubung perkara sebenar. Menurutnya, pihak produksi Asia Tropical Films sedia maklum akan hal itu namun menegaskan mereka sedang dalam proses pembayaran secara berperingkat mengikut keutamaan. 

Saya sendiri pun belum terima bayaran bonus. Harap semua bersabar

Terus buat group WhatsApp

Adrian yang mula menyedari tentang komen-komen segeIintir pelakon di Instagram itu terus mewujudkan satu group WhatsApp bagi menjelaskan kepada mereka tentang bayaran bonus yang akan diberikan dalam masa terdekat.

Sumber: IG jasmine_surayamStar Online

Apa Komen Anda?