“Raikan Anak-Anak, Jangan Banding Result UPSR Dengan Abang & Kakak Yang Lain”

Bersempena dengan pengumuman keputusan UPSR pada hari ini, dapat diperhatikan bahawa rata-rata murid Tahun Enam melonjak kegembiraan apabila meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Menelusuri ruangan media sosial pula, pasti meriah dengan paparan mereka bersama ahli keluarga yang menyambut detik tersebut di restoran mewah dan sebagainya. Akan tetapi, jangan pula kita menyisihkan mereka yang memperoleh keputusan yang kurang memuaskan.

BACA: “Anak Baru Habis UPSR..” – Netizen Terkilan Insiden Bapa Hamilkan Anak Sendiri

Raikan anak…jangan bandingkan keputusan dengan abang & kakak

Advertisement

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya sekitar awal pagi tadi, Cikgu Mohd Salleh ada menitipkan pesanan berharga kepada ibu bapa agar memainkan peranan penting walau apa pun skor yang terpampang atas slip keputusan anak-anak. Setiap calon UPSR wajar diraikan kerana mereka sudah mencuba yang terbaik tempoh hari, namun jangan pula dibandingkan dengan keputusan yang diraih oleh adik beradik terdahulu.

Gambar sekadar hiasan

Jangan perlekehkan UPSR…takut terbawa-bawa besar nanti

Advertisement

Sekiranya anda terlihat anak atau adik dalam keadaan sugul atau bersedih, berikan masa untuk tenang terlebih dahulu sebelum berikan galakan yang mampu ceriakan mereka semula. Dalam pada itu, guru lelaki ini turut menasihati orang ramai agar jangan memperlekeh ujian penting ini kerana takut mempengaruhi sikapnya selepas tamat persekolahan nanti.

Gambar sekadar hiasan

Segala kejayaan & kegagalan adalah ujian Tuhan

Advertisement

Di hujung coretannya, pendidik ini menegaskan sekali lagi bahawa UPSR merupakan satu penanda aras yang berupaya menentukan kejayaan seseorang individu pada masa akan datang. Meskipun pelajaran itu penting, tapi aspek akhlak turut jangan sesekali dilupakan kerana elemen itu juga membentuk jati diri manusia yang baik.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Mohd Fadli Salleh

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?