Hiburan Isu Semasa

Raja Bomoh Muncul Kembali, Dakwa Telah Pagar Seluruh Dunia Daripada COVID-19

Raja Bomoh Muncul Kembali, Dakwa Telah Pagar Seluruh Dunia Daripada COVID-19

Sharing is caring!

Sebut sahaja ‘Raja Bomoh’ pasti kebanyakan rakyat Malaysia mengenalinya. Dia  pernah menjadi bualan ramai beberapa tahun lalu telah mencetuskan kontroversi menerusi ‘buah kelapa dan teropong ajaibnya’ dalam setiap ritual perubatannya. Individu bernama Ibrahim Mat Zin itu muncul kembali selepas menghilangkan diri semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

BACA : COVID-19 Masih Tiada Penawar Sampai Sekarang, Lelaki Ini Jelaskan Sebabnya

Raja Bomoh Muncul Kembali, Dakwa Telah Pagar Seluruh Dunia Daripada COVID-19

Terima panggilan daripada bomoh seluruh dunia

Menerusi satu rakaman video yang viral di laman Facebook, Ibrahim mendakwa dia telah dihubungi oleh bomoh seluruh dunia yang meminta bantuannya untuk menghentikan penularan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, apa yang mencuit hati orang ramai adalah bomoh tersebut masih menggunakan teropong ajaibnya bagi menjalankan ritual perubatan itu.


Raja Bomoh Muncul Kembali, Dakwa Telah Pagar Seluruh Dunia Daripada COVID-19

Pagar seluruh dunia

Raja Bomoh tersebut yang menggunakan ‘globe’ sebagai mewakili bumi mendakwa telah ‘memagar’ seluruh dunia daripada penularan virus korona yang semakin meruncing. Dia juga berkata  sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia untuk membantu menghentikan penyebara wabak tersebut. Selain itu, Ibrahim turut mendakwa upacaranya itu mengikut tradisi adat orang dahulu.

Itu daun ketum ke…

Perkongsian video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 90 ribu kali di laman Facebook. Gelagat Raja Bomoh itu telah menjadi bahan senda pelbagai pihak. Namun tidak semua warganet terhibur dengan aksinya kerana menganggap dia mempersendakan isu serius yang sedang melanda dunia ketika ini.


Raja Bomoh Muncul Kembali, Dakwa Telah Pagar Seluruh Dunia Daripada COVID-19 Raja Bomoh Muncul Kembali, Dakwa Telah Pagar Seluruh Dunia Daripada COVID-19 Raja Bomoh Muncul Kembali, Dakwa Telah Pagar Seluruh Dunia Daripada COVID-19

Sumber :  Astro Gempak


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Raja Bomoh Muncul Kembali, Dakwa Telah Pagar Seluruh Dunia Daripada COVID-19

Sharing is caring!