Viral Family

Rakam Reaksi Anak Lepas Ayah Potong Rambut, Kekacakan Suami Pula Jadi Fenomena

Rakam Reaksi Anak Lepas Ayah Potong Rambut, Kekacakan Suami Pula Jadi Fenomena

Rambut adalah mahkota penting bagi seorang lelaki. Stail yang dipilih selalunya menentukan rupa wajah mereka sama ada semakin menaikkan kekacakan atau sebaliknya. Bagi seorang wanita ini, siapa sangka rakaman di TikTok menunjukkan hasil potongan rambut suaminya malah tular sehingga meraih lebih 12 juta tontonan daripada netizen.

BACA : 2018 Viral & Kini Baru 2 Bulan Bersalin, Kecantikan Awek Cendol Dipuji Ramai

Lepas potong rambut, suami nampak macam lebih muda 5 tahun

Awalnya, dia memuat naik video-video sepanjang proses suaminya sedang memotong rambut di sebuah barber shop. Sebelum rambut serta jambangnya dipotong, wajah lelaki itu nampak seperti tipikal ‘bapak-bapak’ dan nyatanya agak berumur. Namun selepas selesai, tidak dinafikan dia seakan-akan menjadi seseorang yang berbeza.

@rrhadii

Keliatan lebih muda 5 tahun ygy 😂 #fyp #foryoupage #makeover #slebew

♬ Left and Right (Feat. Jung Kook of BTS) – Charlie Puth & Jung Kook & BTS

Mari kita lihat ekspresi anak lepas Abinya potong rambut

Mujur sahaja anak mereka tidak menangis melihat perubahan baru ayahnya, malahan si kecil itu nampak gembira meskipun awal-awalnya merasa pelik. Si isteri juga sempat berseloroh transformasi sedemikian rupa ibarat dirinya sudah menukar suami baru.

@rrhadii

Reply to @auliamg09 versi pake sound “denyut jantungku berdebar” 😂 #fyp #foryoupage #makeoverchallenge #baby

♬ CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Bukan anaknya je terkejut, aku pun terkejut macam mana…Tersenyum sendiri sampai terlupa dah ada anak & suami

Dikongsikan sejak 3 hari lalu, alangkah mengejutkan kerana video kedua itu telah dipenuhi sekitar 15 ribu komen daripada netizen. Rata-ratanya bukan menumpukan perhatian kepada reaksi budak kecil itu, sebaliknya mereka terpesona melihat kekacakan lelaki berkenaan.

Rakam Reaksi Anak Lepas Ayah Potong Rambut, Kekacakan Suami Pula Jadi Fenomena Rakam Reaksi Anak Lepas Ayah Potong Rambut, Kekacakan Suami Pula Jadi Fenomena

Rakam Reaksi Anak Lepas Ayah Potong Rambut, Kekacakan Suami Pula Jadi Fenomena

Kredit : TikTok rrhadii

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Rakam Reaksi Anak Lepas Ayah Potong Rambut, Kekacakan Suami Pula Jadi Fenomena

Facebook

Telegram

Facemask For Kids